Mohd Harrif Salleh (kanan) di atas podium bersama pemenang Peringkat Pertama LTdL 2011, Andrea Guardini (tengah) dan pemenang tempat kedua, Park Sungbaek di Pulau Langkawi, semalam.
Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun lalu, Anuar Manan hampir menjadi juara peringkat pertama LTdL 2011 dan meraih jersi kuning, namun kesilapan pada akhir saingan di Pulau Langkawi semalam menghalang hajat pelumba kelahiran Terengganu itu.
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu, hanya mengumpul 14 mata, ketinggalan satu mata di belakang pemenang peringkat pertama dan jersi biru, Andrea Guardini dari pasukan Fernese Vini-Neri pada perlumbaan sejauh 94.3 kilometer dari Dataran Lang ke Kuah itu.
Anuar, 24, meraih 10 mata di dua zon pecutan, tetapi gagal mengekalkan kayuhan bertenaga sehingga ke garisan penamat dan gagal meraih mata pada zon pecutan ketiga.
"Saya berasa kecewa dengan keputusan pada peringkat pertama ini," kata bekas pelumba Geumsan Ginseng itu.
"Strategi kami (TSG) hari ini (semalam) adalah untuk menjadi juara peringkat dan pada masa yang sama saya mahu mempertahankan Jersi Biru yang dimenangi tahun lalu. Kami hampir memenangi peringkat pertama ini, tetapi kesilapan strategi menghalang kami daripada melakukannya."
Menurut Anuar, pada mulanya dia merasakan bahawa dia sudah mempunyai jumlah mata yang mencukupi untuk memenangi gelaran raja pecut dan membantu rakan sepasukan, Mohd. Harrif Salleh menjadi pemenang peringkat.
Bagaimanapun, Hariff, 22, gagal melakukannya meskipun Anuar telah telah memberikannya laluan untuk memimpin perlumbaan itu sehingga ke garisan penamat di bandar Kuah.
Bagaimanapun, Anuar dan Harrif terpaksa akur dengan kehebatan Andrea, 20, selepas pelumba Itali itu menjadi juara peringkat.
Guardini, 20, menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat walaupun perlumbaan diakhiri dengan kelompok besar dengan catatan dua jam tiga minit 28 saat, mengenepikan pencabar dari pasukan kebangsaan Korea Selatan, Park Sung Baek, manakala tempat ketiga milik Mohd. Harrif Salleh, Terengganu Cycling Team (TSG).
Bagaimanapun, keputusan keseluruhan (General Classification) menyaksikan Anuar Manan berada di tempat ketiga di belakang Guardini dan Sung Baek, selepas pelumba TSG itu mempunyai kelebihan dari segi pungutan mata pecut berbanding Harrif.
Anuar menjadi pelumba pertama melintasi zon pecutan pertama di Teluk Yu (20.4 kilometer) dan kedua di Padang Mat Sirat (49.5 km), namun dia gagal mengulanginya pada zon pecutan ketiga di Pantai Cenang (61.2 km), seterusnya membolehkan Guardini memenangi jersi biru (Raja Pecut).
Harrif berkongsi 15 mata untuk gelaran Raja Pecut bersama Guardini selepas mengutip dua mata di zon pecutan kedua, dibantu dengan mata yang diperolehinya sebagai pelumba ketiga melepasi garisan penamat.
Gelaran Raja Bukit (jersi merah) diraih Koen De Kort dari Skil Shimano Cycling Team dengan mengumpul enam mata, selepas menduduki tempat kedua di zon pendakian pertama, Pantai Kok (47 meter) dan tempat pertama di zon pendakian ketiga, Bukit Malut (46m).
De Kort mengumpul enam mata, meninggalkan Mehdi Sohrabi (Tabriz Petrochemical Team) dan Andreai Krasilnikau (Chipotle Development Team) dengan kedua-duanya meraih empat mata.
Menurut, Guardini ini adalah perlumbaan pertamanya di peringkat profesional dan dia tidak percaya dapat memenangi peringkat pertama LTdL 2011 dan berasa sangat gembira dengan keputusan tersebut.
"Saya akan cuba mengulangi pencapaian seperti ini pada perlumbaan selepas ini, terutama sekali di peringkat kedua dan ketiga, kerana peringkat keempat dan kelima agak sukar untuk saya berikutan terpaksa menempuh dua zon pendakian berprofil tinggi," katanya.
Sementara itu, Harrif berasa gembira kerana dapat menduduki tempat ketiga selepas dibantu rakan-sepasukan, Anuar dan dalam masa yang sama melakukan perkara yang sama terhadap Anuar ketika di zon pecutan.
"Saya akui bahagian akhir perlumbaan saya berasa sedikit penat, tetapi saya berasa macam tidak percaya dapat menduduki tempat ketiga ketika mengakhir perlumbaan dalam kelompok besar," kata pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu.
Hari ini perlumbaan peringkat kedua bakal menyaksikan kayuhan sejauh 145.5 kilometer yang bermula dari Kangar dan tamat di Butterworth, dijangka akan memakan masa selama tiga jam namun laluannya amat landai.

No comments:
Post a Comment