Kepentingan parti hendaklah melebihi keutamaan diri. Itu ungkapan hikmat yang sering dilafazkan pemimpin UMNO terutama ketika menjelang pilihan raya umum. Persoalannya, adakah ucapan itu ikhlas ataupun sekadar retorik untuk menyedapkan hati pihak yang mendengar.
Justeru, ucapan itu akan jadi lebih meyakinkan jika ia dilontarkan pemimpin yang tidak menjadi calon tetapi turun padang berkempen dan menyampaikan ucapan berapi-rapi memberi sokongan demi memastikan calon yang dipilih pucuk pimpinan meraih kemenangan.
Sebaliknya, jika hanya ditabur di depan media untuk mengaburi dan menyedapkan hati rakyat, sedangkan apabila tidak dicalonkan bertanding, pemimpin berkenaan turun berkempen tetapi kempennya berbaur hasutan, menghasut pengundi supaya menyokong parti pembangkang.
Kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum 1999 hingga menyebabkan Terengganu ditadbir PAS membuktikan ada antara pemimpin yang sebelum ini mendabik dada akur dengan pilihan pucuk pimpinan mengamalkan ‘cah keting’, apabila bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang sebelum itu diuar-uarkan berundur dicalonkan semula untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai.
Padahnya, 28 kerusi DUN dikuasai PAS, manakala calon Barisan Nasional (BN) merangkumi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali; Datuk Rosol Wahid (Ajil); Datuk Tengku Putera (Telemong) dan Datuk Abdul Rahsid Ngah (Seberang Takir) menjadi wakil pembangkang.
Selepas hampir lima tahun rakyat hidup di bawah kepemimpinan PAS, pemimpin UMNO di semua bahagian dan cawangan bersatu hati serta menyampai kata sepakat bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan PAS kecundang pada pilihan raya umum 2004 dan akhirnya misi itu tercapai.
Persoalan sama timbul sekarang, adakah UMNO akan terus diberi mandat rakyat untuk menerajui kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang, sedangkan pertelagahan pimpinan parti di semua bahagian masih belum menampakkan tanda untuk reda.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sudah diberi mandat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk menggalas kepemimpinan parti di Terengganu, selepas jawatan itu dipikul sementara Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sejak April 2009 hingga akhir bulan lalu.
Selepas melantik Ahmad sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu mulai 1 Januari 2011, Najib yang faham keadaan politik di negeri ini, turut melantik Ketua UMNO Bahagian Marang, Yahya Khatib Mohammad yang sebelum ini dianggap sebagai musuh ketat Ahmad sebagai Timbalan Pengerusi UMNO negeri.
Gandingan kedua-dua pemimpin itu diharap dapat menyelesaikan terus pertelagahan jika ada di kalangan pemimpin pro Ahmad dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
Bagaimanapun, berdasarkan penelitian setakat ini, penerimaan pimpinan parti terhadap gandingan lantikan berkenaan masih berbelah bagi. Ada antara pemimpin UMNO sekali lagi menjadi pelakon ketika ditanya media mengenai pelantikan itu dengan menyuarakan laungan sokongan, tetapi pada masa sama mengutuk dan mempertikaikan gandingan berkenaan ketika bersama rakyat bersembang di kedai kopi.
Apa lagi yang tidak kena pada Ahmad Said, sedangkan sememangnya diakui kepemimpinan beliau walaupun penuh dengan ranjau ciptaan pemimpin UMNO sendiri, tetapi secara peribadinya beliau diterima rakyat di akar umbi.
Lain padang, lain belalang. Ahmad Said dilihat dengan mata kasar sama seperti pemimpin tertinggi UMNO terdahulu tetapi kaedahnya berlainan. Mana ada pemimpin yang sanggup menyinsing seluar turun ke lumpur menangkap ikan, mengawal lalu lintas ketika jalan sesak, sanggup ke pasar malam tanpa diiringi pengawal peribadi membeli buah-buahan di pasar malam di Pasar Besar Kedai Payang.
Gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) sudah dipalu. Justeru, mampukah UMNO dipilih lagi rakyat untuk terus mengekalkan tampuk pentadbiran di Terengganu, sedangkan kemelut kepemimpinan masih belum reda.
Ketika sebahagian kepemimpinan UMNO masih bersandiwara, pemimpin PAS Terengganu pantas mengambil peluang daripada lakonan yang nampak tidak berkesudahan itu apabila menganjurkan program Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti UMNO di Dataran Geliga, Kemaman, baru-baru ini untuk menagih sokongan.

No comments:
Post a Comment