Mek Salmah Abd. Rahman menemani anaknya, Tg. Mohd. Haikal Afify Tg. Mohd. yang menderita penyakit Nephrotic Syndrome menyebabkan perut dan mukanya membengkak dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. Gambar Utusan
Sesiapa sahaja pastinya tidak sampai hati apabila melihat kanak- kanak ini terutama apabila membayangkan betapa seksanya dia menanggung derita akibat penyakit yang dihidapinya.
Perut Tg. Mohd. Haikal Afify Tg. Mohd., 6, kelihatan membusung dengan wajah serta beberapa anggota lain semakin membengkak.
Sesekali terdengar rengekan dan tangisan kanak-kanak ini, mungkin untuk meredakan sedikit kesakitan yang ditanggungnya akibat penyakit yang dikenali sebagai sindrom nefrotik.
Sejak dikesan menghidap penyakit itu empat tahun lalu, hospital seolah-olah telah menjadi “rumah kedua” bagi Tg. Mohd. Haikal Afify.
Keadaan kesihatan anak bongsunya itu telah menambahkan lagi dugaan dan tanggungan yang perlu digalas oleh Mek Salmah Abd. Rahman, 41, yang terpaksa menyara keluarga setelah suaminya, Tg. Mohd. Tg. Sulong, 49, seorang tukang rumah, hilang upaya sejak tiga tahun lalu.
Suaminya menghadapi masalah penglihatan serta menghidap penyakit saraf sehingga menyebabkan segala pergerakannya terbatas dan bergantung harap kepada bantuan RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sebahagian daripada jadual kerja Mek Salmah sebagai pengawal keselamatan terpaksa dibahagikan dengan sebaik mungkin bagi membolehkan dia menemani anak bongsunya itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.
Mek Salmah yang menetap di Kampung Durian Mas, Manir ditemui semalam semasa menemani Tg. Mohd. Haikal setelah anaknya itu dimasukkan ke wad buat kali ke-14 sejak empat tahun lalu semalam.
Menurut Mek Salmah, anak bongsunya itu jarang menangis kecuali terlalu sakit apabila penyakit itu kembali menyerang.
“Doktor yang merawat Haikal mengesyorkan supaya membawa dia berjumpa doktor pakar di Kuantan.
“Bagaimanapun, dengan pendapatan hanya RM680 sebulan, saya memang tidak mampu. Jadi, cukuplah dia dirawat di sini sahaja,” ujar ibu kepada lapan anak itu ketika ditemui semalam.
Sindrom Nefrotik merupakan sejenis penyakit buah pinggang peringkat glomerular yang menyebabkan kehilangan protein yang banyak menerusi air kencing.
Ia turut mengakibatkan pengumpulan air dalam badan, penurunan paras protein seperti albumin dalam darah manakala paras lelemak meningkat yang boleh membekukan darah sehingga menyebabkan penghidap mudah dijangkiti penyakit.
Dalam pada itu, Mek Salmah berkata, setiap kali mendapat rawatan di hospital, doktor akan memeriksa darah anaknya itu bagi mengesan sekiranya berlaku masalah buah pinggang dan setakat ini hanya salur buah pinggangnya dikesan bocor.
Selain Tg. Mohd. Haikal Afify, Mek Salmah mempunyai tujuh lagi anak. Bagaimanapun, dua daripada mereka mati lemas manakala seorang lagi meninggal dunia akibat demam panas ketika mereka masih kecil.
Anak sulungnya yang berusia 23 tahun pula kini berada di Kuala Lumpur untuk mencari kerja manakala yang kedua telah berkeluarga dan menetap di Perak.
Dua lagi anaknya yang bersekolah di tahun dua dan tingkatan dua pula masih tinggal bersamanya.

No comments:
Post a Comment