Cikgu Zubir, Rakyat Biasa Yang Tawarkan Perkhidmatan Untuk Rakyat
Daripada TEGANUKINI
Bahagian Ketiga:(Sambungan daripada 'Tok Bomoh PAS’ Yang Akan Musnahkan Pembangunan Kuala Terengganu... & Demi Kuala Terengganu - Wawasan Cikgu Zubir Jauh Lebih Baik Daripada Raja Bahrin) (4 Mei 2013)
Cikgu Zubir mempunyai enam lagi agenda yang mahu diperjuangkannya termasuk menjadikan Kuala Terengganu Bandaraya Bersih dan Aman. Ini sangat penting kerana dengan menjadikan bandaraya ini aman dan bersih, ia akan dikunjungi pelancong selain rakyat di Kuala Terengganu akan semakin selera tinggal di bandaraya ini.
Ikuti apa yang diperjuangkan Cikgu Zubir untuk Kuala Terengganu:
7. HUB RAWATAN & KESIHATAN NEGERI
Ketika ini Kuala Terengganu mempunyai sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah (UniSZA) menempatkan klinik-klinik Pakar, Pejabat Pakar, Dewan Bedah Harian, perpustakaan, auditorium dan beberapa unit kecil selain kompleks Rawatan Harian yang mula beroperasi pada 7 April 2003.
SAYA akan berusaha menjadikan Kuala Terengganu sebagai pusat perubatan penting disamping menggalakkan PELANCONGAN KESIHATAN apabila dua lagi hospital dibina di bandar raya ini.
Ini berikutan sebuah sebuah hospital swasta baru bernilai RM200 juta akan dibina di Batu Burok. Hospital pakar milik TDM Berhad yang akan dikenali sebagai Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) itu setinggi lapan tingkat dan dilengkapi 130 katil akan menggantikan KTS di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu. Ia bakal menjadi menjadi sebuah hospital pakar terulung di Bandar Raya Kuala Terengganu di mana berupaya memberi rawatan kepada kira-kira 338,000 penduduk.
Selain itu penduduk Kuala Terengganu juga akan mendapat kemudahan perubatan apabila Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mempunyai hospitalnya sendiri di kawasan seluas 100 hektar di kampus utamnya di Gong Badak.
Hospital berharga kira-kira RM400 juta itu bakal memberi lebih keselesaan kepada pesakit di Kuala Terengganu, selain daerah lain selain kemudahan untuk pelajar perubatan UniSZA menjalani latihan amali.
Pembinaan hospital baru itu juga bakal mengatasi masalah kesesakan di UniSZA dan mempercepatkan rawatan bagi pesakit kronik.
8. HUB HAJI DAN PELANCONGAN
Satu usaha gigih dilakukan Kerajaan Negeri yang SAYA sokong dan dokong ialah menjadikan Kuala Terengganu sebagai Hub Penerbangan Haji dan Pelancongan Pantai Timur.
SAYA akan berganding bahu dengan rakan-rakan Exco Kerajaan Negeri serta pegawai Kerajaan Negeri bagi menjadikan bandar raya ini sebagai mesra dan gemar dilawati pelancong dalam negeri dan asing.
Dengan pelbagai tarikan seperti Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Muzium Negeri, Pasar Payang, Pulau Warisan, pantai dan sukan antarabangsa, Kuala Terengganu akan semakin teguh sebagai Bandar Raya Warisan Pesisir Pantai.
Selain itu keupayaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud menguruskan tujuh Penerbangan Haji daripada 10 yang dipohon, akan memperkukuhkan kedudukannya sebagai Hub Penerbangan Haji Pantai TImur secara terus ke Jeddah dan Madinah. Penerbangan ini tidak termasuk untuk menunaikan Umrah yang turut berlepas secara terus ke Madinah melalui LTSM.
9 KEMUDAHAN AWAM
Menjadi harapan SAYA agar Bandar Raya Kuala Terengganu mempunyai sistem pengangkutan dan kemudahan asas bertaraf antarabangsa. Dengan kedudukan Kuala Terengganu yang pesat membangun melalui projek Kuala Terengganu City Center yang dibangunkan oleh ECER, selain serta perumahan, kemudahan meletak kereta, laluan dan kemudahan awam yang semakin tersusun, SAYA yakin kehidupan penduduk di bandar raya menjadi lebih selesa dan sejahtera.
Sebagai bandar raya pentadbiran, pelancongan dan sukan, Kuala Terengganu akan menempuh era pembangunan yang tidak pernah terfikir sebelum ini apabila ia mempunyai kemudahan seperti jambatan angkat (draw bridge) di muara Sungai Terengganu, bangunan tinggi di pesisir pantau selain tarikan lain termasuk menyusuri sungai Terengganu hingga ke Kuala Berang.
SAYA menyokong usaha Kerajaan Negeri membina stesen bas dan teksi baru yang lebih tersusun, jeti untuk pelancong yang lebih menarik selain memperindahkan lagi Dataran Shah Bandar, Taman Warisan dan Pulau Wan Man.
10. MENGEKAL DAN MEMPERKAYAKAN WARISAN KUALA TERENGGANU
Warisan bukan sekadar Pasar Payang. Ia lebih banyak daripada itu!
Kuala Terengganu akan mengalami proses pembangunan melalui projek KTCC, BN Terengganu akan menjamin tidak satupun warisan negeri akan dikorbankan.
Sebaliknya Barisan Nasonal (BN) Terengganu akan memperkayakan lagi warisan Kuala Terengganu yang telah lama tertumpu di sekitar kawasan muara Sungai Terengganu sejak berabad-abad lamanya.
Bagi menjadikan Kuala Terengganu sebagai KOTA WARISAN, ia akan mengekal dan menggemblengkakan warisan budaya di negeri ini
Bangunan utama KTCC akan menggabungkan warisan seni bina tradisi Terengganu dengan aspek-aspek moden bagi pembinaan premis kediaman dan komersil di kawasan tersebut. Ianya selaras dengan Titah Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin agar rekabentuk bangunan di negeri ini dikekalkan ciri-ciri warisan.
Adalah menjadi keutamaan bagi SAYA dan BN Kuala Terengganu menyokong dan menjamin semua bangunan, termasuk di Kampung Cina dan KTCC yang akan dibangunkan bercirikan Bandaraya Warisan Pesisir Pantai (Heritage Waterfront City), yang akan mengekalkan kegemilangan sejarah dan budaya negeri Terengganu. Ini akan melonjakkan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar yang moden, namun masih mengekalkan identitinya yang tersendiri.
11
MELAHIRKAN BELIA YANG BERMORAL, BERDISIPLIN & BERWIBAWA
Sebagai negeri yang mempunyai belia yang aktif dalam pelbagai bidang, khususnya pendidikan dan sukan hingga ke peringkat dunia, SAYA akan menghulurkan tenaga ke arah meramaikan lagi jumlah belia cemerlang di bidang berkenaan.
SAYA berharap, belia Kuala Terengganu akan menjadi model kepada belia di daerah lain dalam pencapaian pendidikan dan sukan. Selain itu, belia Kuala Terengganu juga akan diberikan penerangan dan latihan untuk membentuk belia yang bermoral, berdisiplin dan berwibawa.
Selaras dengan menjadikan kawasan Parlimen Kuala Terengganu Hub Penganjuran Sukan Antarabangsa serta Hub Pelancongan, belia di Kuala Terengganu perlu digerakkan untuk merebut peluang dalam bidang berkaitan khususnya dibang latihan dan pekerajaan disediakan.
Selain membuka ruang untuk mendapatkan pengalaman, belia Kuala Terengganu juga akan dilatih sambil bekerja untuk menjadi tenaga mahir dan professional di masa hadapan.
SAYA amat yakin dengan adanya pelbagai kemudahan yang disediakan di bandar raya ini, belia Kuala Terengganu akan dapat menjalani latihan yang mencukupi untuk menjadi modal insane serta atlet terkemuka negeri, negara dan dunia.
12 BANDAR RAYA YANG BERSIH DAN AMAN
Hasrat SAYA ialah melihat Bandar Raya Kuala Terengganu akan menjadi Bandar Raya Bersih dan Aman dapat diwujudkan untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
Rakyat di Kuala Terengganu seharusnya disedarkan dan digembeleng untuk sama-sama menjadikan Kuala Terengganu ‘sedap dipandang mata’, selain bebas penyakit yang diakibatkan persekitaran yang kotor dan tidak dijaga rapi.
Pendidikan mengenai KEBERSIHAN akan diterapkan setiap masa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan perlu benganding bahu dengan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) menjayakan usaha ini.
Juga menjadi harapan SAYA, Kuala Terengganu bebas jenayah untuk sebagai sebuah ibu negeri yang aman dan selesa untuk didiami.
Jika kebersihan dan keamanan dapat diwujudkan di Parlimen Kuala Terengganu, SAYA yakin bandar raya ini akan dikunjungi pelancong dan penduduknya tinggal dalam suasana yang aman dan harmoni.
Amat nyata, 12 perkara yang disebutkan Cikgu Zubir menggambarkan betapa jauh di sudut hatinya, dia mahukan RAKYAT KUALA TERENGGANU menikmati pembangunan selain kehidupan mereka pula dalam suasana yang aman dan makmur.
Cikgu Zubir tidak menoleh ke belakang untuk menyalahkan sesiapa jika ada kelemahan sebelum ini tetapi berhasrat memperbaiki apa juga kelemahan yang ada.
Sebagai bekas pendidik, Cikgu Zubir mahu rakyat Kuala Terengganu melalui proses pendidikan masyarakat dalam konteks kepenggunaan, kebersihan, sama-sama menjaga keamanan selain menikmati apa juga kemudahan yang ada.
Ternyata Cikgu Zubir bukan seperti Raja Bahrin yang berjuang kerana amarah, dendam dan merasakan peluang untuknya mendapatkan kontrak semakin tertutup apabila sedar ada arahan daripada PIHAK ATASAN yang akan menyekatnya untuk mengumpul kekayaan di Terengganu.
Malah Cikgu Zubir menginsafi diri bahawa kederat yang ada padanya perlu dipergunakan sebaik-baiknya.
Kerana itu bagi melaksanakan amanah, beliau berikrar:
“Saya Meletakkan Diri Saya Lebih Rendah Daripada Tapak Kaki Rakyat. Bukan Untuk Dipijak Tetapi Untuk mengangkat mereka (rakyat) tatkala mereka Tidak Berupaya Untuk Bangkit Sendiri”.
Persoalannya, apakah seseorang yang berketurunan RAJA akan memperjuangkan seperti Cikgu Zubir.
Lantas timbul persoalan:
1. Apakah Raja Bahrin yang hidup dengan dunia glamour dan BERDARJAT sebelum ini mampu menjadi WAKIL RAKYAT sebenar-benarnya?
2. Apakah Raja Bahrin mudah didekati rakyat Kuala Terengganu yang pelbagai golongan dari Yang Kaya hingga kepada yang miskin seperti nelayan, pekerja kontrak, pemandu teksi dan lain-lain?
3. Apakah Raja Bahrin akan ‘membuka pintu rumahnya pada waktu malam’ apabila diketuk oleh rakyat?
4. Apakah Raja Bahrin akan menjadi seperti seperti Khalifah Umar yang menjejaki masalah rakyat sesuai dengan dirinya sebagai YB PAS jika dipilih oleh rakyat?
5. Apakah
Raja Bahrin sudah benar-benar menjadi 'pemimpin Islam' sejak beliau menyertai PAS atau sekadar mahu jadi calon pilihan raya?
Dari segi ‘BERSIH’ rasanya Cikgu Zubir belum terpalit apa-apa dan dia banyak jasa kepada ibu bapa, pelajar, guru serta orang ramai ketika berkhidmat dengan kerajaan?
Raja Bahrin? Bacalah sendiri kisahnya.
Langkah pertama KONONNYA untuk berbakti kepada rakyat Kuala Terengganu menempuhi pelbagai masalah terhadapnya akibat KERENAH DIRINYA SENDIRI.
Orang Kuala Terengganu tahu siapa Raja Bahrin dalam
kes stadium runtuh dan pelbagai isu lain.
Cumanya, rakyat tidak suka memperkatakannya kerana DIA BERDARAH RAJA. Masih ada tanda hormat di kalangan rakyat.
Tetapi kalau Cikgu Zubir berada di tempat Raja Bahrin dan bertanding BN, pasti sudah lama dibongkar dan difitnah.
Pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009, belum apa-apa PAS membuat fitnah kepada Datuk Wan Farid Wan Salleh kononnya berkaraoke dengan gadis muda.
Apa bentuk kehidupan Raja Bahrin?
Malah, mereka berkempen awal-awal lagi supaya menolak Wan Farid kerana sukar untuk didekati rakyat kerana BERKETURUNAN BANGSAWAN.
Sekarang kenapa PAS membisu dengan Raja Bahrin sebaliknya bangga menggelarkan Raja Bahrin sebagai KERABAT DI RAJA dengan PAS cuba menutup PERBUATAN JAHATNYA terhadap Wan Faridseperti dilakukan pada 2009?
Siapa Raja Bahrin? BANGSAWAN atau APA? Sebenarnya lebih tinggi daripada BANGSAWAN.
Sedangkan Cikgu Zubir 'seperti Mohd Wahid Endut' pada 2009, iaitu calon RAKYAT yang mahu berjuang untuk RAKYAT KUALA TERENGGANU!
Ini luar biasa saat saya mengira semua telah selesai dengan saya Ibu Iskandar datang untuk menyelamatkan saya. Saya sangat berhutang sejauh orang-orang yang saya pinjam uang dari geng melawan saya dan kemudian membuat saya ditangkap sebagai akibat dari hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan maka masa rahmat diberikan kepada saya saat saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan mencari uang untuk membayar semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahwa ada beberapa kreditur sah online sehingga saya harus mencari Karena melalui blog saya berualang kali tertipu tapi ketika saya menemukan Ibu Iskandar CEO ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM, Tuhan mengarahkAan saya ke iklannya melalui blog karena daya tarik saya terhadapnya adalah benar-benar mukjizat mungkin karena Tuhan telah melihat bahwa saya memiliki banyak menderita karena itulah dia mengarahkan saya kepadanya. Jadi saya menerapkannya dengan antusias setelah beberapa jam pinjaman saya disetujui oleh Dewan dan dalam dua hari saya dikreditkan dengana jumlah pasti yang saya berikaan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Kredit Tanpa Agunan (KTA) sama seperti saya berbicara dengan Anda sekarang saya telah dapat menghapus semua hutang saya dan sekarang saya memiliki supermarket sendiri, saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil keuangan apa pun keputusan saya tidak punya urusan dengan Polisi lagi saya sekarang adalah wanita merdeka. Anda ingin mengalami kemandirian finansial seperti saya silahkan hubungi Ibu melalui BBM-nya: {D8980E0B} atau melalui email perusahaan: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahwa di dunia kesulitan ini Anda memerlukan seseorang untuk membantu Anda mengatasi gejolak keuangan dalam hidup Anda dengan satu atau lain cara, jadi saya memberi Anda mandat untuk mencoba dan menghubungi Ibu Iskandar di alamat di atas sehingga bisa mengatasi kemerosotan keuangan dalam hidup Anda. Anda bisa menghubungi saya melalui email berikut: (anggaannisa1979@gmail.com)) selalu bersikap positif dengan Ibu Iskandar dia akan melihat Anda melalui semua tantangan finansial Anda dan kemudian memberi Anda sebuah tampilan baru finansial.
ReplyDeleteDetail Kontak Penuh:
Perusahaan: ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM (ISKANDAR LENDERS)
Email: {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
BBM INVITES: {D8980E0B}
: {4424AA}
Alamat Facebook: {www.facebook.com/iskandar.lesteri.7}
Website: {iskandarlestari.wordpress.com}
TESTIMONI OLEH
Penerima Manfaat: Angga Annisa
Email: {anggaannisa1979@gmail.com}