Akmal (depan, kanan) meledak dua gol bagi membantu Perak membenam Kelantan 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.
Pertembungan setempat antara Adik dan Abang, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkesudahan Terengganu menang tipis 1-0 ke atas T-Team yang dijaringkan menerusi Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-47.
Dengan kekalahan tersebut, T-Team gagal mencipta kejutan malam ini untuk mengulangi kejayaan menewaskan dua pasukan teratas liga, Kelantan dan Selangor sementara berjaya mengikat seri 0-0 menentang Perak pada perlawanan lepas.
Sementara Selangor kembali melonjakkan diri ke tangga teratas Liga Super setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini
Gol kemenangan skuad bimbingan K. Devan itu disumbangkan oleh Mohd Fadzil Saari pada minit ke-31.
Dengan kemenangan tersebut, juara bertahan Liga Super itu kini mengumpul 23 mata dengan memiliki satu kemenangan ke atas pencabar terdekatnya, Kelantan yang tumpas mengejut 0-4 kepada Perak selepas sebelas perlawanan.
Di Stadium Perak, IPOH, pasukan tuan rumah nyata mencipta kejutan apabila berkenduri gol 4-0 menewaskan pasukan Kelantan untuk mendapat kemenangan keenamnya.
Skuad Seladang kini mengumpul 22 mata untuk berada di tangga kedua liga sementara pasukan The Red Warriors turun satu anak tangga yang kekal mengumpul 20 mata di belakang Perak.
Ibarat harimau terluka, Perak tampil tanpa belas ehsan dan tidak perlu menunggu lama untuk mendahului pasukan pelawat apabila rembatan kencang Mohd. Fazrul Hazli pada minit kelima menerjah gawang Kelantan.
Penyerang lincah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli terlepas peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ketujuh apabila percu- baannya sekadar melewati palang gol.
Perak semakin garang mengasak kubu lawan sehingga menyebabkan barisan pertahanan Kelantan terpaksa berkubu di kawasan sendiri.
Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat terpaksa bekerja keras menghalang percubaan berbahaya daripada Akmal dan Mohd. Shafiq Jamal.
Lebih 18,000 penyokong Perak kembali bersorak keriangan apabila Shafiq menambah gol kedua pada minit ke-26.
Gol itu bermula daripada hantaran yang dilakukan oleh Akmal dari sebelah kiri pintu gol Kelantan sebelum Shafiq mudah menolak bola ke gawang Kelantan.
Sebaik babak kedua bermula, Perak terus bernafsu memburu gol. Kedudukan Perak semakin kukuh apabila rembatan Akmal ke penjuru kanan Kelantan gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi pada minit ke-78.
Pemain gantian, Razali Umar Kandasamy menambah gol keempat Perak setelah memperdaya dua pertahanan Kelantan pada lewat perlawanan.
Di Negeri Sembilan, pasukan tuan rumah terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Kedah menerusi jaringan 0-2 pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Dua gol skuad Kenari masing-masing dijaringkan oleh Azlan Ismail pada minit ke-61 dan Badrol Bakhtiar (ke-88). Di SHAH ALAM, jaringan tunggal Harimau Muda A menerusi Mohd Syahid Saidon ke atas Kuala Lumpur membawa pasukan Harimau Muda A memperolehi tiga mata penuh.
Di Stadium Likas, pertemuan dua pasukan tercorot liga, Sabah dan Perlis berkesudahan seri 2-2 untuk masing-masing mengutip satu mata.
Pasukan Singa Utara terlebih dahulu berada di hadapan apabila Mohamad Rozaidi menjaringkan gol pada minit ke-39 pada babak pertama.
Namun kegembiraan pasukan pelawat tidak kekal lama apabila tuan rumah bangkit menjaringkan dua gol masing-masing dijaringkan oleh Md Farid Ideris pada minit ke-52 dan Leopold Alfonso Otong selang enam minit kemudian sebelum Perlis berjaya merapatkan kedudukan menerusi Mohd Faiz Subri (min-71).
Di Kuantan, Pahang dan Johor FC seri tanpa jaringan 0-0 pada pertemuan di Stadium Darul Makmur.
Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Perdana, tuan rumah Harimau Muda B meraih kemenangan keempatnya setelah membelasah pasukan tercorot liga, Pulau Pinang 3-1 pada pertemuan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Keputusan itu menyaksikan skuad anak didik Ismail Ibrahim mengutip mata tiga penuh bagi mengumpul 16 mata untuk berada di tangga keenam sementara pasukan dari Pulau Mutiara itu masih buntu mencari kemenangan pertamanya dalam liga musim ini.

No comments:
Post a Comment