Datuk Abdul Rahin (kiri) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang Kapas-Marang International Swimathon 2011. - Foto: Harish Fadzillah.
Katanya kejohanan Swimathon bermula di Pulau Kapas sejauh 6.5 kilometer manakala larian pantai bermula di Rantau Abang kira-kira 50 kilometer yang kedua-duanya berakhir di Pantai kelulut di sini.
"Kejohanan mencabar renang dan larian pantai itu yang akan diadakan tahun depan bagi memperkenalkan jajaran pantai Terengganu yang panjang dan bersih," katanya selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan itu yang disertai 20 peratus peserta dari luar negara.
Pada kejohanan itu pemenang keseluruhan kategori lelaki 20-34 tahun tempat pertama dimenangi Hsieh Chun Shing Jason dari Hong Kong dengan masa 1:26.06s dan memenangi hadiah wang tunai RM1,000.
Bagi kategori 35-49 tahun pula Andrew Tebbutt dari United Kingdom muncul juara dengan masa 1:32.14 manakala bagi kategori 20-34 tahun Lee Hsiu Eik (Malaysia) menang dengan masa 1:33.30.
Masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM500 dan RM300.
Pemenang keseluruhan kategori wanita 20 tahun ke atas ialah Lai Mei Juan dengan masa 1:33.38 (RM1,000). Kategori 12-19 tahun pula dimenangi Neo Hseng Zjue (1:40.30) dan Lim Yam Poh (1:47.17), kesemuanya dari Malaysia. Masing-masing memenangi hadiah RM500dan RM300.
Tiga peserta kelainan upaya (OKU) adalah antara 265 peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan renang Kapas-Marang International Swimathon 2011 sejauh 6.5 kilometer antara Pulau Kapas ke Pantai Kelulut, Marang di semalam.
Tiga peserta itu masing-masing menghadapi masalah kecacatan ketiadaan kedua-dua belah tangan, tiada sebelah tangan kiri dan seorang menghadapi masalah pada tulang belakang yang mampu berenang sehingga tamat acara.
Zhariff Affendi, 29, yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan sejak dilahirkan ketika ditemui berkata, inilah pertama kali beliau menyertai kejohanan renang yang sangat mencabar.
Katanya sebelum menyertai kejohanan renang Kapas-Marang International Swimathon itu, beliau pernah menyertai acara mencabar yang lain.
"Pertandingan renang hari ini sangat mencabar apabila hidung saya terasa gatal yang berkemungkinan terkena obor-obor selain menghadapi ombak sepanjang perlumbaan.
"Saya lasak sejak kecil sebab itu ibu hantar saya ke kelas renang sejak saya berumur empat tahun lagi," katanya anak Kuala Lumpur yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perundingan jati diri Zhariff Inisiatif Sdn Bhd.
Zhariff yang mencatat masa 2 jam 46 minit berkata walaupun dia menghadapi cabaran getir dalam kejohanan itu, beliau tidak serik dan akan mengambil bahagian kejohanan itu pada masa depan.
Beliau bersama dua lagi peserta OKU tersebut dipilih memenangi hadiah istimewa kerana mampu berenang dengan jarak yang ditetapkan.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata mulai tahun depan kerajaan negeri merancang untuk mengadakan kejohanan renang Kapas-Marang International Swimathon serentak dengan larian pantai.

No comments:
Post a Comment