Wajah Gembira...UMNO semakin kukuh di Terengganu dan pastinya ini petanda baik menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti. - Gambar Harris Fadzilah.
Bagi menguatkan hujah tersebut, beliau yang juga Menteri Besar berkata, sepanjang tahun lalu UMNO berjaya mendaftar 34,000 orang sebagai pemilih manakala Pas hanya mampu mendaftar 10,000 pemilih baru.
“Saya mahu memastikan semua pemilih yang kita daftar itu akan menyokong calon BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Jika itu berjaya dilakukan kita bukan saja dapat mengekalkan pemerintahan BN di Terengganu, tetapi dapat merebut semula sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi yang dimenangi pembangkang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang disempurnakan Muhyidin.
Pengerusi Perhubungan UMNO itu meminta semua pemimpin UMNO di negeri ini supaya ‘turun padang’ pada setiap masa dan mengenal pasti masalah rakyat serta mendampingi golongan belia.
“Kita perlu ikut kehendak golongan belia dan menyediakan keperluan mereka bagi menambat golongan tersebut agar mereka menyokong UMNO dan BN,” ujar beliau.
Hampir 1,000 perwakilan UMNO bahagian tersebut menghadiri persidangan tersebut yang turut dihadiri wakil daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden UMNO memuji kehadiran perwakilan dan pemerhati yang begitu ramai dan menjadi petanda kepada kebangkitan UMNO dan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Ketika berucap merasmikan mesyuarat berkenaan, beliau menaruh keyakinan kepimpinan peringkat negeri mampu menangani pelbagai masalah yang dihadapi parti itu dan menyelesaikannya sebelum PRU13.
Berikutan itu beliau meminta ahli UMNO mempertahankan kuasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan ia terus berkuasa memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Justeru itu, beliau menuntut supaya ahli UMNO agar terus bersatu dan melupkan segala sengketa sesama sendiri agar UMNO dan BN terus utuh dan menerajui pemerintahan negara ini.
“Kuasa politik amat penting bagi memastikan kerajaan (BN) terus boleh memartabatkan agama, bangsa dan negara,” katanya.
Hadir samaMenteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Datuk Mohamed Awang Tera; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman dan Adun Air Putih, Haji Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.
UMNO Terengganu diakui terus kukuh di bawah pentadbiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Haji Ahmad Said.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengakui kedudukan ini apabila kebelakangan ini sudah ada kesedaran baru di kalangan pemimpin UMNO tempatan untuk bersatu sambil berusaha menguatkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“UMNO Terengganu makin kuat apabila Menteri Besar (Dato’ Seri Haji Ahmad) mengambil alih ketua perhubungan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman ( MPK) semalam (21 Mei 2011).
Berikutan itu, UMNO Terengganu yakin sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dapat dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13).
Ahmad Said menegaskan kenyataan itu dibuat berdasarkan realiti setelah mengambilkira sokongan semasa rakyat negeri ini kepada UMNO dan BN.Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengakui kedudukan ini apabila kebelakangan ini sudah ada kesedaran baru di kalangan pemimpin UMNO tempatan untuk bersatu sambil berusaha menguatkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“UMNO Terengganu makin kuat apabila Menteri Besar (Dato’ Seri Haji Ahmad) mengambil alih ketua perhubungan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman ( MPK) semalam (21 Mei 2011).
Berikutan itu, UMNO Terengganu yakin sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dapat dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13).
Bagi menguatkan hujah tersebut, beliau yang juga Menteri Besar berkata, sepanjang tahun lalu UMNO berjaya mendaftar 34,000 orang sebagai pemilih manakala Pas hanya mampu mendaftar 10,000 pemilih baru.
“Saya mahu memastikan semua pemilih yang kita daftar itu akan menyokong calon BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Jika itu berjaya dilakukan kita bukan saja dapat mengekalkan pemerintahan BN di Terengganu, tetapi dapat merebut semula sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi yang dimenangi pembangkang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang disempurnakan Muhyidin.
Pengerusi Perhubungan UMNO itu meminta semua pemimpin UMNO di negeri ini supaya ‘turun padang’ pada setiap masa dan mengenal pasti masalah rakyat serta mendampingi golongan belia.
“Kita perlu ikut kehendak golongan belia dan menyediakan keperluan mereka bagi menambat golongan tersebut agar mereka menyokong UMNO dan BN,” ujar beliau.
Hampir 1,000 perwakilan UMNO bahagian tersebut menghadiri persidangan tersebut yang turut dihadiri wakil daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden UMNO memuji kehadiran perwakilan dan pemerhati yang begitu ramai dan menjadi petanda kepada kebangkitan UMNO dan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Ketika berucap merasmikan mesyuarat berkenaan, beliau menaruh keyakinan kepimpinan peringkat negeri mampu menangani pelbagai masalah yang dihadapi parti itu dan menyelesaikannya sebelum PRU13.
Berikutan itu beliau meminta ahli UMNO mempertahankan kuasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan ia terus berkuasa memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Justeru itu, beliau menuntut supaya ahli UMNO agar terus bersatu dan melupkan segala sengketa sesama sendiri agar UMNO dan BN terus utuh dan menerajui pemerintahan negara ini.
“Kuasa politik amat penting bagi memastikan kerajaan (BN) terus boleh memartabatkan agama, bangsa dan negara,” katanya.
Hadir samaMenteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Datuk Mohamed Awang Tera; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman dan Adun Air Putih, Haji Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.
No comments:
Post a Comment