Apa maknanya itu?
Rakyat sudah faham dengan perkatan itu. Malah pemimpin juga bercakap mengenai isu ini.
Seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu semalam berkata tidak wajar syarikat-syarikat telekomunikasi bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar.
Ini kerana penangguhan itu bawa banyak makna.
Pertama tangguh dulu laksana kemudian.
Kedua, tangguh dan tidak laksana serta merta tetapi mungkin selepas pilihan raya. Dengan kata lain, ia tetap jadi isu pilihan raya.
Menurutnya sebagai pemimpin orang muda, isu cukai prabayar enam peratus ini amat sensitive.
Benar caj berkenaan yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini tidak berlaku tetapi ia ‘amat menakutkan’ golongan muda yang rata-rata menggunakan sekrang-kurangnya RM100 sebulan untuk kad prabayar telefon bimbit mereka.
Benar syarikat telekomunikasi yang membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini.
Tetapi apakah mereka tidak membuat keuntungan lumayan? Apakah kerana menyerapkan cukai itu mereka wajar untuk menyarankan agar kerajaan memberikan penghargaan atas sumbangan tersebut?
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ‘dengan bangga’ mengatakan persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.
Ia dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri semalamn.
Kata Rais: "Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini. Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.
Yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile Dr Kaizad Heerjee.
Sebelum ini ramai bimbang isu ini akan member kesan kepada undi pilihan raya Barisan Nasional kerana rakyat akan berganggapan kerajaan meluluskannya.
Kita mahu bertanya kepada CEO berkenaan, apakah pertimbangan mereka mengumumkan hasrat itu pada masa sekarang?
Tangguh atau apa pun yang akan membawa makna akan dilaksana selepas ini sudah menjadi seuatu yang mendatangkan parah kepada kerajaan.
“Damage has been done,” itulahhakikatnya sekarang.
Kenyataan atau pengumuman tidak boleh ditarik balik, melainkan dibatalkann terus.
Menurut kerajaan, penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan.
Rais mungkin rasa lega tetapi hakikatnya rakyat masih tidak pasti.
Rais janji kementeriannya akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik bagi pengenaan cukai perkhidmatan dilaksanakan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya.
Rais janji akan membawa ke mesyuarat Kabinet. Kita nak tunggu hasilnya apakah kerajaan akan desak ia dibatalkan atau tidak.
Rais dan pemimpin kerajaan tidak boleh mengatakan isu cukai perkhidmatan itu tidak wajar dibangkitkan lagi kerana hanya syarikat telekomunikasi berkenaan sudah menangguhkan pelaksanaan caj itu.
Selaga ia tidak dihapuskan atau ada mekanisme lain mengatasinya, kita percaya rakyat akan memperkatakannya.
Yang pasti, pembangkang akan menggunakan isu caj 6 peratus ini sebagai modal menghentam kerajaan.
Apa jawapan Rais dan kerajaan selepas ini?

No comments:
Post a Comment