Cerita banyak tak guna. Tuduhan ini berat dan bagaikan cubaan melaga-laga!
Spin ke, apa ke…itu tidak penting lagi!
Apa yang perlu sekarang ialah kenyataan terbuka 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini bahawa apa yang ditohmahkan itu tidak berlaku.
Dengan kata lain ia TIDAK BENAR dan BOHONG semata-mata.
Malah jika perlu boleh saman sumber berita berkenaan.
Apa isunya? Katanya, Datuk Seri Idris Jusoh membuat U-Turn untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke 13, selepas beberapa hari Geng 10 Budak Hitam (G10BH) bertemu.
Mulanya Idris tidak mahu bertanding tetapi kini mengubah pendiriannya.
Setidak-tidaknya ada kalangan daripada 10 ADUN ini termasuk ADUN Ajil yang dianggap sebagai ketua G10BH, Kuala Berang, Alor Limbat, Paka, Permaisuri, Bukit Besi, Air Putih, Tepuh, Jabi dan Kota Putera menafikannya.
Jangan diam kerana ia akan membawa persepsi bahawa apa yang dituduh itu BENAR BELAKA!
Menurut laporan di dua blog ( sini dan sini), pada 23 Februari lalu, kira-kira jam 9 malam, di sebuah hotel dalam bandaraya Kuala Terengganu, dilaporkan, beberapa orang dari kalangan ‘Geng 10 Budak Hitam’ (G10BH) telah mengadakan pertemuan.
Kata laporan itu: “Sudah lama nama kumpulan G10BH tidak disebut-sebut dalam media, khususnya media baru.
Namun sejarah yang terukir melibatkan G10BH sejurus selepas pilihanraya ke-12 tahun 2008, tidak mungkin dipadamkan dan masih segar dalam ingatan, khususnya bagi peminat politik negeri Terengganu.
Siapakah G10BH
Siapakah mereka dan mengapakah mereka cukup terkenal?
G10BH adalah sepuluh orang Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang menentang perlantikan ADUN Kijal, Dato Seri’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.
Mereka terdiri daripada ADUN Ajil yang dianggap sebagai ketua G10BH, Kuala Berang, Alor Limbat, Paka, Permaisuri, Bukit Besi, Air Putih, Tepuh, Jabi dan Kota Putera.
Pada 23 Mac, 2008, sewaktu Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menetri Besar, ADUN Ajil Rosok Wahid telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar.
Sewaktu Ahmad Said menghadap Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tamu(Al-Muktafi Billah Shah) ADUN Ajil, Rosol Wahid telah melakukan ‘onar’ .
Selain boikot, menurut Rosol yang bercakap kepada pihak media juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantah perlantikan Ahmad Said.
Beliau juga memberitahu, bahawa wakil-wakil rakyat G10BH juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.
Penyokong Tegar Idris
Pemerhati politik berpendapat, mereka berbuat demikian kerana mereka adalah ‘penyokong tegar’ bekas Menetri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh (Deris).
Sebahagian dari mereka yang sebenarnya, menurut Rosol mencapai angka 23 orang, adalah dibawa dan dicalonkan oleh Idris untuk bertanding dalam PRU ke-11 tahun 2004 dan PRU ke-12 tahun 2008.
Setelah Barisan Nasioal menang pada tahun 2008, tiba-tiba Deris yang menerajui Umno Terengganu ketika itu tidak diperkenankan oleh istana Terengganu untuk menjawat jawatan kembali sebagai Menteri Besar.
Oleh itu, kerana mahu membalas budi Deris, mereka bangkit dan melawan keputusan istana yang melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar
G10BH juga dikaitkan dengan dikaitkan dengan sepanduk menghina ‘Kami Nak Deris Natang’ yang diangkat di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar.
SMS Ugut Bunuh
Setelah tamat sketsa lakonan episod perlantikan Menteri Besar, G10BH muncul beraksi semula degan episode ‘SMS Ugut Bunuh’ setahun kemudiannya.
Pada 14 April 2009, mereka telah memboikot dan tidak hadir dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang diadakan pada ketika itu.
‘Drama’ pada kali ini adalah adalah gara-gara Bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang telah menghantar satu ugutan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
“Baik jangan teruskan niat YB. YB tak sayang nyawa?”adalah kata-kata tertera dalam SMS yang ditujukan kepada ADUN Paka dan Permaisuri.
Kononnya, SMS tersebut dihantar oleh seorang penjawat Awam, Setiausaha Sulit Kanan Ahmad Said, Wan Ahamad Wan Muda.
Akhirnya, setelah disiasat dan dibicarakan, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin 28 November 2011, telah memutuskan hukuman penjara selama 12 bulan kepada Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
Api Perseteruan Tidak Padam
Perseteruan antara kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris dan Menteri Besar masakini, Dato’ Seri Ahmad Said tidak padam walaupun ‘api’ permusuhan didakwa dipadam oleh pemimpin Umno Pusat.
Kemuncak pertelingkahan Umno Terengganu adalah apabila Umno Pusat campurtangan dan melantik Naib Presidennya, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.
Pelbagai kaedah digunakan oleh Hishamuddin untuk membaik pulih hubungan diantara kumpulan Idris dan kumpulan Ahmad, namun semuanya dianggap gagal.
Walaupu ia hampir-hampir membawa penyatuan, namun apabila Umno pusat menyerahkan kembalik tampuk kepimpinan kepada Ahmad Said, ‘api dalam sekam’ kembali menyala.
Walaupun tidak terang-terangan, api yang menjalar itu terus dirasai bahangnya.
Setahun yang lalu, pada 2 Mac 2011, sebagaimana dilaporkan media, Deris menyatakan sedia berundur bagi memberi peluang kepada muka baru bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau selaku Ketua UMNO bahagian Besut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, dan Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin sepakat menyatakan kesediaan berundur untuk memberi laluan kepada calon baru bertanding.
Tiga lagi kononnya menyatakan kesediaan berundur ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian yang juga ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad; Naib Ketua bahagian, merangkap ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri yang juga ADUN Kuala Besut, Dr Abdul Rahman Mokhtar.
Pernyataan itu dibuat pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian itu di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong.
PRU Ke-13 semakin hampir
Dalam suasana masakini yang diperkatakan hampir kepada PRU-13, tiba-tiba Deris membuat satu kenyataan ‘U Turn’ apabila beliau menafikan enggan bertanding pada PRU-13.
Sedangkan pada Disember 1, 2011, Idris Jusoh selepas kenyataan pada 2 Mac 2011, sekali lagi mengesahkan beliau sanggup tidak Bertanding PRU 13.
Menurut laporan media, perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media yang diadakan selepas ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno.
Mengapa tiba-tiba Deris membuat ‘pusingan U’ dari kenyataan tegas tidak mahu bertanding kepada penafian, yang tiba-tiba membayangkan beliau mahu kembali beraksi?
Mungkin kerana pertemuan G10BH yang dilihat mengadakan mesyuarat di sebuah hotel pada 23 Februari lalu??”
No comments:
Post a Comment