Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sudah beberapa kali menegaskan adalah mudah untuk membina sebuah bangunan atau struktur baru daripada memperbaiki atau membaikpulih sesuatu struktur yang runtuh atau rosak.
Inilah yang berlaku kepada kerja-kerja membaikpulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kompleks Sukan Gong Badak.
Siapa yang tidak mahu ia cepat dibaikpulih?
“Mereka (pembangkang) sebenarnya tidak faham, kerja baik pulih benda runtuh bukan seperti mahu membina rumah baru, sebelum kita baiki mesti kena periksa semua struktur, kajian yang teliti dan bukan pakai baiki saja.
Namun di pihak pembangkang, mahu dikatakan mereka sebagai ‘pekak badak’ pun ada, ‘tolol’ pun ada. Kenapa dikatakan demikian?
Kerana mereka terus menerus membuat tuduhan bahawa Kerjaan Negeri tidak berusaha keras untuk membaik pulih stadium berkenaan sejak bumbungnya runtuh lebih tiga tahun lalu. Selain itu mereka juga membuat tuduhan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri yang diterajui UMNO di Terengganu sengaja melambat-lambatkan kerja baik pulih stadium itu.
Lebih mengecewakan, pembangkang menggunakan isu bumbung stadium runtuh ini untuk kepentingan sokongan dan politik mereka pada ketika pilihan raya umum ke 13 semakin hampir.
Apa tujuan perhimpunan dinamakan ‘Himpun dan Ingat’ diadakan selama dua jam di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin petang Jumaat lalu dan dikatakan dihadiri kira-kira kira-kira 3,000 orang?
Himpunan itu diadakan kononnya bertujuan mengingatkan rakyat mengenai insiden runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berlaku pada 2 Jun 2009 tetapi tidak diketahui statusnya sehingga kini sama ada boleh digunakan atau tidak.
Lebih mengecewakan, ada ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk menanam kebencian kepada kerajaan!
Jika diteliti logiknya himpunan itu, ia tidak mendatangkan sebarang kesan kebaikan, sebaliknya hanya untuk membuktikan KONONNYA mereka prihatin.
Apa, orang lain tidak prihatin? Selain itu pemimpin yang hadir termasuk Datuk A Samad Said itu punya maklumat untuk membaikpulih stadium?
Membaca puisi mampu megeluarkan formula membaikpulih bumbung yang runtuh?
Yang nyata kesemua mereka, sama ada pemimpin atau peserta yang berhimpun itu buta dan kelu mengenai fakta sebenar kelambatan membaikpulih stadium berkenaan.
Dengan pemimpin pembangkang berucap mengatakan mereka sendiri tidak mempunyai maklumat mengenai keruntuhan stadium berkenaan selain tidak tahu pun sejauh mana kajian telah dijalankan, himpunan itu jelas bertujuan berkepentingan politik semata-mata.
Tuduhan oleh pembangkang bahawa kerajaan negeri sengaja melambat-lambatkan kerja membaikpulih dibuat kerana mereka tidak faham bahawa kesan keruntuhan bukan sahaja di kawasan di mana ia berlaku tetapi juga di beberapa bahagian lain.
Ini kerana banyak kerja berkaitan perlu dilakukan termasuk memeriksa serta mengesan dengan teliti semua struktur stadium bukan terus membaiki bumbung berkenaan semata-mata.
Satu hakikat yang perlu diketahui seluruh rakyat negeri ini ialah kerajaan negeri sudah menyerahkan stadium itu kepada Jabatan Kerja Raya untuk melaksanakan kerja baik pulih.
Bagaimanapun jabatan itu memohon mengambil masa kerana banyak pemeriksaan yang perlu dilakukan dan hanya pada Ogos ini baru pihaknya berupaya menyiapkan proses tender.
Memanglah bagi kerajaan negeri, jika boleh ia mahu jabatan itu menyiapkan segera kerja-kerja membaik pulih berkenaan tetapi JKR tidak berani kerana kerja baik pulih bukan suatu kerja yang mudah.
Dengan kata lain, dalam proses membaik pulih bumbung stadium ini ia tidak semudah mengeluarkan kata-kata bersifat fitnah dan tuduhan kerana ia memerlukan kepakaran teknikal, binaan dan juga perundingan.
Kesungguhan kerajaan negeri tidak boleh diperlekeh atau diperkecilkan kerana ia sudah meluluskan peruntukan berjumlah RM14 juta untuk kerja pembaikpulih stadium berkenaan walaupun tender hanya akan dikeluarkan oleh JKR Ogos depan.
Bagi Ahmad Said, apa yang dapat dilakukan oleh Kerajaan Negeri mengenai kerja-kerja pembaikpulih ini ialah bergantung kepada laporan daripada JKR dan jika pembangkang juga ingin mengambil tindakan serta membuat siasatan, mereka juga perlu juga merujuk kepada JKR.
Ini kerana hanya JKR sahaja yang pakar serta diberikan tanggungjawab dalam mengatasi masalah berkenaan.
Ironinya, pada ketika PAS Terengganu menganjurkan perhimpunan bersama dengan angan-angannya untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, ia sendiri tidak berani memberi jaminan sama ada akan memulihkan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh sejak tiga tahun lalu atau sebaliknya, jika berjaya mentadbir negeri ini.
Jadi bertanggungjawabkah semua pemimpin yang hadir itu?
Kalau sekadar SEDAP MULUT MEMBUAT FITNAH & MENGUTUK ORANG LAIN SEMATA-MATA tidak payahlah ada himpunan, merugikan masa dan menambahkan dosa!!!
Semuanya ini memberikan gambaran betapa parti pembangkang itu sebenarnya juga memerlukan kajian terlebih dahulu mengenai perkara itu seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri sekarang jika mahu membaikpulihnya, kerana sehingga kini tidak diketahui punca sebenar insiden itu berlaku.
Bagi Ahmad Said, apa juga tuduhan oleh pembangkang, satu hakikat yang perlu diterima ialah bukan keseluruhan struktur bangunan stadium itu tidak selamat kerana ada bahagian lain yang tidak perlu diperbaiki dan boleh digunakan semula.
Kerajaan negeri sebelum ini turut melantik konsultan berintergriti yang membuat semakan terhadap seluruh bangunan itu menyatakan dari segi struktur, stadium itu tidak menghadapi masalah besar.
Kerana itu bagi Kerajaan Negeri mudah sahaja, jika ada pihak, termasuk pembangkang mendakwa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak selamat dan mempunyai unsur rasuah, laporkan sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Biarkan jabatan itu menyiasat siapa yang menjadi punca dan siapa yang perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
“Kita telah lantik konsultan intergriti yang membuat semakan menyatakan dari segi struktur tiada masalah. Jika mereka mendakwa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak selamat dan mempunyai unsur rasuah, laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), biarlah jabatan itu menyiasat,” demikian tegas Ahmad Said kelmarin.
Mengenai isu teknikal dan binaan, kita serahkan kepada JKR.
Semua pihak, termasuk pembangkang perlu bersabar untuk tunggu hingga Ogos ini apabila tender untuk kerja-kerja membaikpulih akan dimulakan dengan harapan stadium berkenaan boleh digunakan dalam masa terdekat.
Dan sekiranya terlewat lagi, tidak payahlah buat himpunan di stadium sekali lagi, lebih baik buat depan Pejabat JKR negeri atau Kementerian Kerja Raya lebih baik.
Atau susah sangat, mintalah penjelasan ikhlas daripada Datuk Raja Bahrin Shah yang kini ke sana ke mari berceramah berusaha ‘MENCUCI TANGAN DAN MEMBERSIHKAN DIRI SENDIRI’.
Sedangkan hakikat sebenarnya, banyak pihak perlu mengambil tanggungjawab secara ikhlas demi rakyat Terengganu dalam mengatasi masalah ini, bukan dengan menuding jari kepada orang lain untuk ‘MEMBEBASKAN DOSA SENDIRI’!
No comments:
Post a Comment