“PAS terpaksa tabur fitnah kerana takut kalah pilihanraya” – Datuk Seri Ahmad Said |
Persoalannya, wajarkah rakyat memberikan sokongan kepada pmimpin yang mendakwa memperjuangkan Islam melalui fitnah sesama Islam?
Dengan kata lain, mendapat sokongan rakyat melalui fitnah, wajarkah?
Apakah mereka yang mengundi parti PAS tidak merasa berdosa mengundi pemimpin yang sering membuat fitnah?
Pada ketika pemimpin Barisan Nasional (BN) berusaha memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada rakyat, pemimpin PAS pula mencerca dan melancarkan fitnah terhadap lawan dan rakan. Dalam isu memberikan kemudahan pakaian sekolah kepada murid yang memerlukan, kenapa mesti ada fitnah kononnya berlaku penyelewengan mengenainya?
Apakah kelemahan-kelemahan yang berlaku boleh ditakrifkan sebagai rasuah dan penyelewengan? Jika kelemahan sudah diatasi, apakah kekal ‘penyelewengan yang dimaksudkan’?
Kecoh satu Malaysia sehari dua ini gara-gara kes di mahkamah membabitkan pemimpin PAS membuat fitnah. Nasib baik saman oleh Majlis Perbandaran Kemaman tidak dilayan mahkamah, jika tidak dah jadi 3-0.
Lagilah semakin jelas dan ‘terang lagi bersuluh bahawa pemimpin PAS menang kaki fitnah’. Apakah fitnah yang dibuat oleh pemimpin PAS?
Fitnah Pertama – ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad
Semalam (28 Feb 2014), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan wakil rakyat PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga lagi membayar ganti rugi am dan ganti rugi teladan berjumlah RM200,000 kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dalam satu kes saman fitnah berhubung artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di Terengganu. Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, yang membuat keputusan itu dalam kamar, memutuskan bahawa Ahmad Said berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan. Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi plaintif dan seorang saksi defendan. Penyataan tuntutan plaintif menyebut Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah' yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 Nov.
Pada 15 Dis 2011, Ahmad serta dua peniaga, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform sekolah serta alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan. Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah berkenaan. Selain Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit Harakah Datuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.
Ringkasnya – Kelemahan Jangan Dituduh Penyelewengan Atau Rasuah
Fitnah Kedua – Presiden PAS, Datuk Seri Abdu Hadi Awang
Pada Ahad (23 Februari 2014), lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu. Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Sebaliknya, kelmarin, 27 Februari 2014, Presiden PAS memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi berkenaan. Anggota Parlimen Marang itu menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Ringkasnya – Nasi Sudah Menjadi Bubur….
Fitnah Ketiga – MPK Saman Pemimpin PAS RM5 Juta
Kelmarin (27 Februari 2014), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM5 juta oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terhadap PAS berhubung perkataan berbaur fitnah dalam isu Zoo Bukit Takal di Terengganu. Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, dalam keputusannya, menegaskan MPK gagal membuktikan elemen fitnah dalam kes itu.
Peguam Noorazmir Zakaria, mewakili PAS, memberitahu media bahawa hakim berkata MPK gagal membuktikan bahawa kenyataan fitnah itu diterbitkan PAS terhadap majlis itu. Berikutan itu, mahkamah menolak saman itu dengan kos RM30,000. Peguam Azwan Abdul Wahab mewakili MPK. Pada 22 Mac tahun lepas, MPK memfailkan saman terhadap PAS dengan menuntut ganti rugi RM5 juta daripada parti itu yang didakwanya mengedarkan risalah mengandungi kata-kata berbaur fitnah dan palsu dalam isu Zoo Bukit Takal.
Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PAS untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar yang dikenakan terhadap parti itu.
MPK memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap PAS setelah parti itu gagal hadir di mahkamah dua kali meskipun diperintah berbuat demikian.
Ringkasnya – Gagal Buktikan Elemen Fitnah Tidak Bermakna Tiada Fitnah
Dalam kes mengenai Zoo Bukit Takal ini, banyak kenyataan dibuat oleh MPK dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri bagi menepis tohmahan dan kata-kata pembangkang, khususnya berkaitan dengan perbelanjaan dan pengurusan.
Walaupun dituduh merugikan, ‘tempat permainan Ahmad Said’ atau apa juga cercaan, Zoo Berkenaan kini sudah mendapat perhatian orang ramai dan sedang menuju ke taraf dunia.
Dilaporkan, kemudahan di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, itu sedang ditingkatkan secara berperingkat-peringkat bagi memenuhi standard piawaian antarabangsa.
Taman dan zoo berkenaan meliputi tiga fasa kini dalam pembinaan fasa kedua yang menelan belanja kira-kira RM60 juta, membabitkan tanah seluas 24 hektar serta dilengkapi pelbagai kemudahan yang menepati piawaian ditetapkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Encik Mustafar Khalid, berkata pihaknya mahu menyediakan ruang lebih besar bagi meletakkan pelbagai jenis haiwan seperti yang ditetapkan piawaian antarabangsa bagi menjadikan zoo ini bertaraf antarabangsa.
Katanya, apabila siap kelak bakal meliputi pakej Safari Afrika dan Safari Australia mengandungi Aviari Burung, Meredah Belukar Australia, Savana Afrika, Wild Asia serta Penempatan Gajah Terengganu.
“Pembinaan fasa kedua itu akan disiapkan selewat-lewatnya Disember tahun ini dan ia akan mula beroperasi untuk tontonan umum bermula awal tahun depan.
Haiwan Afrika akan menjadi tarikan uatam pelancong termasuk zirafah, badak sumbu, kijang, singa, dan cheetah (harimau bintang).
Malah pengunjung juga berpeluang melihat haiwan dari Australia yang comel seperti kanggaru, beruang koala, kuda serta burung.
Sebaik fasa kedua itu beroperasi sepenuhnya pihanknya akan menjalankan promosi secara menyeluruh bagi menari pelancong untuk berkungjung ke situ.
Pengurusan taman dan zoo berkenaan mahu memberi perkhidmatan terbaik dan kualiti zoo bertaraf antarabangsa supaya pengunjung berpuas hati dan secara tidak langsung member gambaran yang baik terhadap pembinaan zoo ini,” katanya.
Menurut seramai 378,477 orang berkunjung ke zoo itu sejak mula beroperasi dan dirasmikan pada 11 April 2009 serta jumlahnya di jangka meningkat berlipat kali ganda apabila fasa kedua ini siap sepenuhnya nanti dengan tarikan tambahan mini taman air.
Malah, pulangan hasil atau pendapatan daripada punggutan tiket sahaja sejak wujudnya zoo itu kira-kira 4 tahun lebih yang lalu sudah melebih RM3 juta.
Ini belum termasuk peluang pekerjaan, perbelanjaan yang dibuat oleh pelancong yang datang ke zoo itu dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment