"Kalaupun Saifuddin mahu mempertahan Anwar tidak mengapa tetapi jangan
libatkan laporan akhbar Britian dengan BN atau UMNO kerana ia perbuatan
yang sangat ‘kurang ajar’...pendedahan akhbar Daily Mail itu sedikit sebanyak turut memberikan maklumat penting, termasuk
beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO)
untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan
sokongan terhadap Anwar."
Menafikan Kapten Zaharie Ahmad Shah ‘terbabit dalam rampasan’ pesawat Pernerbangan Malaysia (MAS) MH370 demi Anwar sesuatu yang tidak masuk akal, kita boleh terima.
Memang sewajarnya kita menolak teori ini.
Tetapi mengatakan UMNO dan BN yang kehabisan modal, mencipta sesuatu yang bersifat khayalan mengaitkan dengan kehilangan pesawat boleh menjadi nyata, kita tidak boleh terima.
Bagaimanapun, kita juga boleh bertanya, kalaulah kelak teori ini benar kemudian hari ini, berapa ramai lagi juruterbang dan orang penting dalam MAS menyokong PKR?
Tidakkah kita merasa bimbang kalau pemimpin penting negara menaiki MAS akan menerima nasib seperti ‘penumpang MH370’ yang ‘lesap’ entah ke mana?
Patutlah ada pemimpin kita lebih suka menggunakan pesawat sewa atau jet peribadi bagi mengelakkan kemungkinan-kemungkin seperti ini.
Mungkin mereka sudah tahu ‘perangai’ atau ‘kemungkinan-kemungkinan’ yang akan berlaku jika menaiki pesawat MAS.
Bagi pemimpin PAS, PKR dan DAP, mereka sudah pasti terjamin ‘selamat’ jika menaiki MAS!
Malah dilaporkan penyiasat sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie (kanan) sebagai sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.
Pemimpin PKRmengaku juruterbang MH 370 merupakan ahli parti itu tetapi meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengaitkan mereka dengan kehilangan penerbangan tersebut.
Ketua PKR Cabang Subang Sivarasa Rasiah berkata beliau menang mengenali Zaharie sejak beliau menyertai parti tersebut 23 Januari tahun lalu. Bagaimanapun, tambahnya, tidak adil sekiranya pihak media mengaitkan perkara itu dengan parti kerana ia “tidak relevan”.
Siapa yang buat spekulasi? UMNO? BN?
Yang terbitkan berita ini ialah akhbar tabloid Uniter Kingdom Daily Mail. Apakah UMNO dan BN mengupah
akhbar berkenaan?
Apakah ada pemimpin BN yang rapat dengan akhbar itu seperti rapatnya pemimpin pembangkang dengan akhbar antarabangsa seperti dari Amerika Syarikat?
Sivarasa sendiri semalam mengakui: "Akhbar Daily Mail ialah sebuah tabloid, mereka langsung tidak merujuk mana-mana sumber."
Sivarasa sendiri semalam mengakui: "Akhbar Daily Mail ialah sebuah tabloid, mereka langsung tidak merujuk mana-mana sumber."
Semalam juga, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menyifatkan laporan menyatakan Zaharie rampas MH370 kerana kecewa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes Liwat II dianggap sebagai khayalan luar biasa.
Katanya, PKR menganggap laporan akhbar Britain, Daily Mail itu sebagai mustahil berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah.
Saifuddin berkata walaupun Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, mngaitkan juruterbang dengan issu Anwar addalaah teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.
Bagaimanpun, Saifuddin sendiri turut membuat kenyataan tidak masuk akal apabila mengatakan: "Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali UMNO dan BN, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata."
Selain itu, Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.
Saifuddin sendiri tersasar dalam andaiannya kerana laporan akhbar Daily Mail tidak ada kena mengena dengan UMNO, BN atau kerajaan yang memerintah.
Laporan tabloid itu mengenai kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008 adalah hak mereka.
Malah laporan itu secara tidak langsung menjerat kerajaan, UMNO dan BN yang tidak ada kena mengena dengan kehilangan pesawat MN370 itu.
Kalaupun Saifuddin mahu mempertahan Anwar tidak mengapa tetapi jangan libatkan laporan akhbar Britian dengan BN atau UMNO kerana ia perbuatan yang sangat ‘kurang ajar’.
Menariknya, pendedahan Daily Mail itu, sedikit sebanyak turut memberikan maklumat penting, termasuk beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.
Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.
Dilaporkan, semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan fasa kedua pencarian pesawat MH370 pada satu sidang akhbar khas.
Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.
Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail. .
No comments:
Post a Comment