"Walaupun keadaan persekitaran begitu sukar dan mencabar, kita akan terus berusaha dengan penuh sabar, sentiasa berani mencabar kelaziman, sehinggalah impian menjadi kenyataan."
- Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman
Bajet
Terengganu 2016 yang dibentangkan semalam berkurangan 15.3 peratus atau RM380
juta berbanding Bajet 2015 sebanyak RM2.37 bilion.
Ini
berikutan Terengganu turut menerima kesan langsung daripada penyusutan ekonomi
global yang mengakibatkan penurunan
hasilnya.
Seiring dengan pengurangan jumlah bajet kepada RM2.103 bilion itu, Perbendaharaan Negeri mengeluarkan arahan supaya semua jabatan mengurangkan
perbelanjaan sehingga 30 peratus daripada peruntukan pengurusan.
Walaupun Bajet 2016 berkurangan, Kerajaan Negeri Terengganu tetap menjamin lima perkara yang menjadi teras pembangunan ekonomi negeri, dilaksanakan dengan jayanya.
Bajet 2016
akan memberi fokus kepada usaha melonjakkan pertumbuhan menerusi Transformasi
Ekonomi Terengganu Baharu dan pengurusan perbelanjaan awam yang cekap lagi
berhemat.
Selain itu
tumpuan juga diberikan kepada pengukuhan program pengupayaan yang berteraskan
ekonomi keperluan rakyat; pembinaan kapasiti sumber modal insan yang berdaya
tahan dan peningkatan kemudahan awam yang mendamaikan hidup rakyat.
Biarpun dalam
keadaan hasil yang berkurangan tahun hadapan, petunjuk positif ialah ekonomi
Terengganu terus mencatatkan pertumbuhan positif pada kadar 3.4 peratus bagi
tahun 2015.
Perkembangan ini disokong oleh kadar pengangguran di Terengganu masih di bawah guna tenaga penuh iaitu 3.4 peratus pada tahun 2014 dan dijangka kekal pada kadar 3.5 peratus hingga 4.2 peratus pada 2015, katanya.
Terengganu menerima jumlah pelaburan bernilai RM15.1 bilion dengan jangkaan pelaburan RM11.3 bilion daripada pelaburan swasta, RM2.02 bilion pelaburan awam dan RM1.74 bilion pelaburan bersifat pemangkin yang membuka 41,201 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.
"Kerajaan negeri menjangkakan suatu transformasi besar dalam bidang ekonomi melalui pelaksanaan 18 EPP (Entry Point Projects) dengan 71 projek untuk dilaksanakan dari tahun 2016 hingga 2020," katanya.
Perkembangan ini disokong oleh kadar pengangguran di Terengganu masih di bawah guna tenaga penuh iaitu 3.4 peratus pada tahun 2014 dan dijangka kekal pada kadar 3.5 peratus hingga 4.2 peratus pada 2015, katanya.
Terengganu menerima jumlah pelaburan bernilai RM15.1 bilion dengan jangkaan pelaburan RM11.3 bilion daripada pelaburan swasta, RM2.02 bilion pelaburan awam dan RM1.74 bilion pelaburan bersifat pemangkin yang membuka 41,201 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.
"Kerajaan negeri menjangkakan suatu transformasi besar dalam bidang ekonomi melalui pelaksanaan 18 EPP (Entry Point Projects) dengan 71 projek untuk dilaksanakan dari tahun 2016 hingga 2020," katanya.
Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman semalam berkata pada 2016, anggaran hasil yang diperoleh kerajaan ialah sebanyak RM2.02 bilion
berbanding RM2.4 bilion pada tahun 2015. Ia merupakan pengurangan sebanyak
15.33 peratus iaitu RM380 juta.
"Pendapatan daripada hasil cukai dianggarkan RM58.38 juta, hasil bukan cukai RM180.6 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.781 bilion," katanya ketika membentangkan Bajet 2016 penggal ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 bermula semalam hingga Khamis.
Menurutnya daripada jumlah anggaran hasil tersebut, 88.17 peratus adalah sumber hasil daripada kerajaan pusat khususnya Dana Khas Kerajaan Persekutuan serta pemberian tahunan manakala baki 11.83 peratus adalah daripada sumber hasil negeri.
Ahmad Razif yang kali kedua membentangkan bajet selepas dilantik Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014, berkata kerajaan negeri menggunakan pendekatan inklusif dalam melaksanakan pertumbuhan ekonomi negeri.
Melalui
Bajet 2916, peruntukan RM2.103 bilion adalah untuk Perbelanjaan Mengurus, RM1.139 bilion
untuk pembangunan dan RM8.88 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air.
Di bawah
Perbelanjaan Mengurus katanya, sebanyak RM85.59 juta diperuntukkan bagi
Perbelanjaan Tanggungan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan
sejumlah RM2.017 bilion untuk Perbelanjaan Bekalan.
“Di bawah
Perbelanjaan Bekalan pula sebanyak RM1.531 billion diperuntukkan untuk
Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM267.2 juta untuk perbelanjaan Emolumen,
RM202.02 juta untuk Perkhidmatan dan Bekalan, RM16.42 juta untuk Aset dan
RM1.16 juta untuk perbelanjaan lain.
“Di bawah
komponen Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, sejumlah RM700 juta akan
dicarumkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan bagi melaksanakan projek-projek
pembangunan, RM204 juta bagi pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan
Berkanun, RM183.37 juta bagi pemberian kepada Pelbagai Agensi dan Kumpulan
Wang, RM51.57 juta bagi bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan RM338.24 juta bagi pelbagai program yang memberi impak terus kepada
rakyat,” katanya.
Dari segi
agihan mengikut sektor-sektor pembangunan, Ahmad Razif menjelaskan, RM560.57
juta (49 peratus) untuk sektor sosial yang meliputi sub-sektor pendidikan,
pembangunan masyarakat, perumahan, pembangunan bandar dan luar bandar, kerajaan
tempatan, sukan dan kesihatan.
“Sebanyak
RM232.25 juta (20 peratus) disediakan untuk sektor ekonomi yang terdiri
daripada sub-sektor pelancongan, pertanian, industti kecil dan sederhana,
infrastruktur dan kemudahan awam manakala RM354.15 juta (31 peratus) untuk
sektor pentadbiran yang meliputi sub-sektor pembangunan ICT, pentadbiran am dan
projek khas,” ujarnya.
Bagi
memperkasakan sektor pelancongan, sejumlah RM51 juta akan diperuntukkan
termasuk mempromosikan pelancongan berkonsepkan islamik dan melonjakkan Tasik
Kenyir sebagai zon bebas cukai, Pulau Bidong sebagai pulau warisan serta
mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017.
Pada 15
Januari tahun ini, Ahmad Razif berkata Terenganu akan menyusun semula Bajet
2015 bernilai RM2.37 bilion kepada kadar yang lebih munasabah berdasarkan
keupayaan semasa, ekoran kejatuhan harga minyak dunia.
Katanya,
dengan hasil negeri yang banyak bergantung kepada sumber minyak, kejatuhan
harga bahan itu akan memberi kesan kepada pendapatan negeri.
“Langkah
penjimatan akan dipertingkatkan termasuk mengurangkan lawatan atau
program-program ke luar negara.
“Bagi
projek yang sedia ada, komitmen akan diteruskan manakala bagi projek baharu,
akan dinilai semula,” ujarnya.
Namun
beliau menegaskan, projek yang bakal memberi impak besar akan diteruskan dengan
menggunakan pelbagai kaedah atau dengan cara mendapatkan peruntukan dari
kerajaan Pusat,” katanya.
Mengenai
Bajet 2016, Ahmad Razif berkata semalam, bajet itu adalah satu lagi ikhtiar
kerajaan negeri ke arah menzahirkan potensi negeri dan rakyat Terengganu.
"Kerajaan
negeri akan memastikan rakyat terus menikmati kehidupan dalam sebuah negeri
yang subur lagi makmur serta aman dan tenteram.
"Walaupun
keadaan persekitaran begitu sukar dan mencabar, kita akan terus berusaha dengan
penuh sabar, sentiasa berani mencabar kelaziman, sehinggalah impian menjadi
kenyataan," katanya.
Sumber – Bernama,
Utusan Malaysia & Berita Harian
Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
ReplyDeleteAnda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.