Belum pernah berlaku dalam UMNO. Ketua Bahagian saman
Ahli Majlis Tertinggi kerana isu tanah.
Tetapi PAS yang mendakwa ia parti Islam, bukan sahaja
semakin terserlah sifat sesetengah pemimpin mereka yang rakus, malah tindakan mereka semakin dapat dipersoalkan
apabila berkaitan dengan harta dan kekayaan.
Kes mahkamah membabitkan pemimpin PAS apabila seorang Yang diPertua Kawasan memfailkan
injuksi terhadap seorang bekas Bendahari PAS dan seorang lagi bekas Setiausaha
Agung PAS Malaysia, memalukan parti berkenaan.
Nampak sangat apabila dalam isu ‘masyuk’ dan harta, ia
tidak terbatas kepada sesiapa.
Pada 13 Julai lalu, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang,
Abdul Fatah Harun memfailkan saman injunksi kepada syarikat Gelari Tani Sdn Bhd
(356554-U), milik pemimpin PAS, berkaitan pemilikan sebidang tanah di Rantau
Panjang.
Antara pemilik Galeri Tani ialah bekas bendahari PAS
Pusat yang juga bekas Timbalan Menteri besar Kelantan. Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah
Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.
Orang ramai tertanya-tanya kenapa Abdul Fatah secara
tiba-tiba mengemukakan injuksi
berkenaan. Memanglah isu ini menjadi tanda tanya kenapa pemimpin PAS boleh
saman pemimpin PAS sendiri dan mereka yang lebih berpengaruh dadripadanya..
Abdul Fatah...kemuka injuksi |
Perkara ini dimaklumkan oleh bekas naib presiden PAS yang
dipecat, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataannya pada hari tersebut.
Kata Husam, beliau tidak ‘berapa arif’ bagaimana dua orang kuat PAS itu boleh
memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yang keluasannya masih ratusan
ekar.
Dalam kenyataanya, Husam berkata, tanah itu milik
peribadi dan bukan milik PAS.
Tanya Husam, bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan
tanah di Kelantan? Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?.
"Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik
parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang
ada kaitan dengan parti?" soal beliau.
Apa menjadi persoalan selain disebut Husam ialah kenapa soal tanah dan projek itu sampai di minta dihentikan?
Injuksi membayangkan ada yang tidak kena dan ‘penuh rahsia’ di
sebalik kes mahkamah ini. Kenapa sampai ke Mahkamah Tinggi? Apakah kes ini sudah
disebit di mahkamah lain sebelum di Mahkamah Tinggi?
Kenapa tiada penyelesaian melalui mesyuarat atau PAS
Kelantan menguruskan kes ini sebagai ‘adik-abang atau saudara sesama Islam?’
Pastilah menarik dan memelikkan, kenapa Abdul Fatah yang
juga orang PAS menyaman orang PAS.
Apakah kes membabitkan injuksi itu merupakan
kes peribadi?
Galari Tani SB sebuah syarikat berasaskan kepada pelaburan harta tanah dan pemaju ditubuhkan pada 23 Ogos 1995, yakni selepas lima tahun PAS berjaya memerintah Kelantan. (PAS berjaya menumbangkan BN dan mula memerintah Kelantan pada tahun 1990.) Ketika itu Abdul Halim adalah TMB I, Kelantan manakala Abdul Fatah sebagai Ketua Penerangan Pas Kelantan.
Injuksi itu difahamkan berhubung pertikaian sebidang tanah berkeluasan 200 ekar. Seperti mana disebut Husam, injuksi itu mengenai tanah milik peribadi dan tidak ada kena mengena dengan PAS.
Menurut sebuah blog, jika semata-mata milik peribadi, macam mana Abdul Fatah boleh campur tangan? Apakah lokas standi (hak) yang ada kepada beliau? Ini yang menjadi misteri dan tanda tanya. “Apakah hanah itu bertindeh hak milik antara individu dengan parti?” tanya blog berkenaan.
Sementara itu apa yang dipastikan kedudukan tanah menjadi rebutan itu ialah di pinggir Lebuh Raya Pasir Mas - Rantau Panjang, berdekatan dengan Kolej Komuniti dan bertentangan dengan padang ragut yang terletak di sebelah kanan menghala ke Rantau Panjang. Menurut harga pasaran semasa tanah itu bernilai antara RM100,000 hingga RM130,000 seekar.
Apa yang tidak difahami ialah tanah sedang dibangunkan
untuk rakyat seperti pembinaan rumah mampu milik dan sebagainya. Namun dengan permohonan injuksi, mungkin ia ditangguh sehingga
dapat penyelesaian di mahkamah.
Pemimpin PAS Kelantan berusaha menyoroknya daripada umum,
khasnya rakyat Kelantan.
Selain ia menjadi misteri, keterlibatan pemimpin utama
PAS – kawasan dan Pusat – membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa orang parti
agama yang selama ini dianggap ikhlas, jujur dan mencari keredhaan Allah dalam
perjuangan demi rakyat, adalah sebaliknya.
Akibat daripada permohonan in juksi itu, Husam berkata,
beliau tidak tahu, apakah PAS juga akan memecat Abdul Fatah kerana mendakwa
orang kuat PAS ini.
Husam berada di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada hari
berkenaan bagi menyambung keterangan sebagai saksi dalam kes saman oleh
kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.
"Kerana memberi keterangan di mahkamah ini sebelum
ini, saya dituduh memberikan keterangan secara bias, berniat serong dan
mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya," katanya.
Fakta tambahan (menurut laporan sebuah blog):
Daripada cabutan
di SSM, syarikat Gelari Tani Sdn Bhd ditubuhkan pada 23 Ogos 1995, menyebut bidang
perniagaanya sebagai Property Investment dan Developer, ia dimiliki oleh tiga
pemimpin PAS, Abdul Halim Abdul Rahaman, bekas TMB Kelantan yang juga Adun
Kijang, (memegang sebanyak 330,000 unit saham, Mustapa Ali, bekas
Setiasuasa Agung Pas kini Pengarah Pilihan Raya mememag (170,000 unit saham),
manakala seorang lagi Wan Othman Wan Yusuf berserta enam orang perempuan yang
semua berbinti Wan Othman. Mereka dipercayai anak-anak kepada Wan Yusuf.
Wan Othman memegang saham sebanyak 50,000 unit manakala perempuan yang berbintinya masing-masing 75,000 unit.
Wan Othman merupakan bekas ADUN Tendong dan juga bekas Bendahari PAS Kelantan. Beliau telah meninggal dunia beberapa tahun lepas.
No comments:
Post a Comment