Perlawanan T-Team- Kedah di Kuala Terengganu semalam. |
Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan
bermain dalam Liga Perdana musim depan selepas masing-masing tewas dalam
perlawanan terakhir Liga Super 2016 malam tadi.
Selepas mengharungi 22 perlawanan, Terengganu berada di
tangga tercorot liga dengan mengumpul 19 mata, manakala PDRM menutup kempen
musim ini dengan 21 mata.
Terengganu membuat penampilan pertama di Liga Super pada
tahun 2007 dan pencapaian terbaik pasukan dari Pantai Timur itu ialah muncul
naib juara pada musim 2011.
Pahang antara pasukan yang dilihat bakal turun pangkat
pada musim depan terselamat gara-gara ‘bantuan’ Kedah selepas mendapat tiga
mata percuma ekoran Kedah menurunkan pemain yang masih digantung dalam
perlawanan liga pada 3 Ogos lalu.
Pulau Pinang
dan Sarawak diselamatkan oleh jaringan pada penghujung perlawanan.
Pasukan berstatus kelab T-Team semalam gagal menamatkan
saingan Liga Super dengan meraih kemenangan apabila sekadar mencatatkan
keputusan seri 1-1 dengan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam
tadi.
Penyokong Pulau Pinang bergembira selepas tewaskan Terengganu 1-0. |
Pulau
Pinang, yang berada di tempat kedua terakhir sebelum perlawanan semalam memintas ke kedudukan ke-10 untuk terselamat
daripada tersingkir ke divisyen dua tahun depan apabila menewaskan pasukan
tercorot Terengganu 1-0 di Stadium Bandaraya.
Ia dibuat menerusi jaringan Mohd. Faizat Ghazli pada
minit ke-88.
Sarawak,
yang sebelum ini turut berada dalam kalangan empat pasukan di zon penyingkiran,
turut selamat apabila menundukkan PDRM 2-1 di Stadium Negeri.
Gol Sarawak
diperoleh menerusi Gilmar da Silva pada masa kecederaan babak pertama dan Nur
Shamie Iszuan Amin pada minit ke-86.
Jaringan
tunggal PDRM dihasilkan oleh Guilherme de Paula pada minit ke-26.
Sementara itu, masa dua tahun yang ditetapkan untuk
kembali ke kancah Liga Super berjaya dicapai oleh pasukan PKNS FC yang
mengesahkan status mereka untuk mengekori jejak Melaka United selepas muncul
naib juara Liga Premier pada musim ini.
Pemain pertahanan import Sarawak, Teah Baysah Dennis (tengah) menghalang pemain PDRM pada aksi terakhir Liga Super di Kuching malam tadi. |
Sebagai rekod, pasukan berpangkalan di Selangor itu telah
tersingkir daripada pentas Liga Super pada musim 2014 dan hanya mampu menduduki
tempat keempat Liga Premier musim lepas.
Pada pertemuan T-Team dan Pahang di Kuala Terengganu, kem
pelawat terlebih dahulu mencemaskan gawang tuan rumah menerusi percubaan awal,
Dinesh Rajasingam, namun berjaya dinafikan penjaga gol T-Team, Wan Muhammad
Azraie Wan Teh pada minit keempat.
Pahang mendapat gol pada minit ke 26 melalui penyerang import, Faysal Shayesteh yang berjaya apabila
meledakan gol pembukaan hasil percubaannya dari luar kotak penalti untuk
memastikan Tok Gajah selesa di depan.
Tuan rumah yang cuba bangkit mencari jaringan penyamaan
bagaimanapun gagal melepasi benteng pertahanan Pahang sehingga membawa
perlawanan ke bilik persalinan.
Kerja keras skuad kendalian Rahmad Darmawan itu akhirnya
tertunai apabila Patrick Dos Santos berjaya menjaringkan gol penyamaan pada
minit ke-82 sekaligus menceriakan 509 penyokong skuad The Titans yang hadir
menyuntik semangat kem T-Team.
T-Team yang terus semangat untuk mencari jaringan
penyamaan akhirnya sekadar berpuas hati dengan keputusan seri dalam menutup
tirai saingan Liga Super sehingga tamat permainan.
Kelantan pula seri 2-2 dengan Perak yang bermain dengan
10 orang di Stadium Sultan Muhammad IV dan menepati sasaran meraih tempat
keempat carta Liga Super.
Anak buah Velizar Popov meraih tempat keempat dalam
kedudukan carta Liga Super dengan mengumpul 29 mata.
Pemain Kelantan, Blazhe Ilijoski (kiri) dihalang pemain Perak, Mohd Raffi Nagoorgani semalam. |
Sementara itu, hasrat Selangor untuk meraih motivasi awal menjelang final
Piala Malaysia hujung bulan ini tidak kesampaian selepas tewas di Stadium Shah
Alam kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), yang sudah pun mengesahkan kejuaraan Liga
Super menerusi perlawanan ke-20, awal September lalu.
Harimau Selatan terus mengaum dengan rekod tanpa kalah
musim ini menerusi jaringan penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz dan
Amri Yahyah, masing-masing pada minit ke-65 serta 77, manakala gol tunggal Red
Giants disumbangkan oleh Hazwan Bakri pada minit ke-71.
Melaka United yang sudah pun bergelar
juara Liga Perdana musim ini sekadar melengkapkan jadual terakhir saingan
divisyen kedua itu dengan mengikat pasukan tercorot Sime Darby FC 1-1 di
Stadium Hang Jebat.
Apapun pencapaian semalam, kedua-dua pasukan bola sepak
Terengganu semalam, mereka akan dikekalkan dan diberi sentuhan baharu bagi menghadapi
perlawanan musim depan.
Baru-baru ini Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul
Rahman berkata, keputusan itu diambil setelah berpuas hati dengan pencapaian
pasukan The Titans yang berjaya melangkah ke separuh akhir saingan Liga
Malaysia musim ini.
Ahmad Razif berkata pasukan T-Team perlu dikekalkan dan
pastikan pasukan ini diberi peluang untuk diperkemaskan lagi bagi menghadapi
saingan liga dan Piala Malaysia tahun hadapan.
Dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah baru-baru ini menyaksikan pasukan Selangor meleburkan impian
T-Team untuk melangkah ke peringkat akhir selepas menang 3-0 ke atas pasukan
tuan rumah.
Ahmad Razif yang kini memangku jawatan Presiden Persatuan
Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dalam pada itu berkata rombakan dan
penstrukturan semula pasukan Terengganu FA akan dilakukan bagi memantapkan lagi
pasukan itu yang prestasinya merudum musim ini.
PBSNT kini dalam rundingan terakhir bersama pengendali
Felda United, Irfan Bakti Abu Salim bagi jawatan jurulatih baharu skuad Penyu
musim depan dan keputusan mengenainya akan diketahui dalam waktu terdekat.
No comments:
Post a Comment