Oleh Hambali Abdul Latiff
Semenjak tahun 1978 hingga Mac 2000, Kerajaan Negeri Terengganu memperoleh pendapatan daripada pembayaran tunai royalti minyak dan gas daripada Kerajaan Persekutuan dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).sebanyak RM7 bilion.
Namun, pada Jun 2000, media melaporkan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan
bercadang untuk menghentikan pembayaran tunai itu kepada Kerajaan Negeri
Terengganu.
Selepas itu, pada 5 September 2000, Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan
mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai cadangan membayar wang ihsan.
Untuk rekod, ketika ini Menteri Besar Terengganu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kenapa diperkenalkan Wang Ihsan? Apakah kerajaan Pusat dan Petronas sewenang-wenangnya melaksanakan langkah berkenaan?
Mesti ada sebabnya. Antara punca kepada pengenalan dasar baru itu ialah dibimbangi wang hasil petroleum dan gas itu tidak sampai kepada rakyat.
Beberapa peristiwa sebelum Wang Ihsan diperkenalkan dijadikan rujukan oleh Putrajaya yang kemudian membuat keputusan memberhentikan royalti.
Program pembiayaan Wang Ihsan diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan pada September 2000 melalui pembentukan Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) untuk menguruskan pembayaran wang tersebut kepada rakyat Terengganu - tidak lagi disalurkan terus kepada kerajaan negeri.
Keputusan itu dibuat selepas Kerajaan Persekutuan tidak memperoleh maklumat mengenai program penggunaan wang yang diterima oleh kerajaan negeri sebanyak RM432 juta pada Februari 2000.
Kerajaan PAS Negeri menganggap cadangan untuk membayar wang ihsan itu melampaui batasan undang-undang (ultra vires) mengikut Akta Kemajuan Petroleum.
Tindakan Putrajaya itu ditafsirkan sebagai
memungkiri perjanjian utama dan tambahan yang ditandatangani dandipersetujui.
Sebagai latar belakang kepada perjanjian - kerajaan Terengganu menandatangani
Perjanjian Utama pada 22 Mac 1975 dengan Petronas. Melaluinya kedua-dua pihak
bersetuju sebarang kegiatan mencari dan mengeksploitasi petroleum, Petronas
hendaklah membuat pembayaran wang tunai bersamaan lima peratus nilai petroleum
kepada plaintif.
Mengikut perjanjian itu, pembayaran tunai hendaklah dibayar dua kali setahun iaitu pada
atau sebelum 1 Mac dan 1 September setiap tahun .(Ia juga memperuntukkan setiap
pembayaran wang tunai hendaklah terus dibayar selagi petroleum diperoleh
daripada Terengganu).
Kerajaan Terengganu pernah menegaskan bahawa Petronas menandatangani satu lagi
perjanjian tambahan pada 16 September 1987 iaitu mengenai perkiraan dan
penentuan pembayaran tunai bagi pengeluaran petroleum.
Menurut plaintif, Petronas membuat bayaran pertama mengikut perjanjian utama dalam
bulan Mac 1978 secara berterusan tanpa gangguan sehingga bulan Mac tahun 2000.
Banyak pihak nampaknya tidak faham kedudukan perjanjian royalti, khususnya saman
terhadap kerajaan Persekutuan dan Petronas.
Ramai rakyat Terengganu beranggapan dan merasakan perjanjian antara kerajaan Pusat
dan negeri masih seperti sediakala.
Hakikatnya tidak sama sekali!
Adalah baik jika kita mengimbau sejarah saman oleh kerajaan negeri terhadap Putrajaya
dan Petronas dan apa yang berlaku selepasnya.
Untuk ingatan kembali, selepas pilihan raya umum pada November 1999, Kerajaan Negeri Terengganu diambil alih oleh PAS.
Rakyat Terengganu perlu memahami kes saman ini dengan teliti untuk tidak membuat
tuduhan atau membalun Putrajaya sesuka hati.
Kefahaman pertama ialah saman kerajaan negeri di bawah pentadbiran Hadi terhadap Putrajaya dan Petronas.
Pada 8 Mac 2001 (disiarkan di akhbar-akhbar pada 9 Mac 2001) bahawa Kerajaan PAS Terengganu menyaman Petronas dan Kerajaan Persekutuan bertujuan menuntut ganti rugi.
Kerajaan negeri PAS mendakwa kedua-dua pihak itu memungkiri perjanjian selain gagal menjelaskan pembayaran tunai royalti minyak yang dihentikan sejak September tahun sebelumnya (tahun 2000).
Petronas didakwa gagal membayar royalti minyak berjumlah lebih kurang RM850 juta sejak
enam bulan sebelum itu.
Royalti itu didakwa digantikan dengan program wang ihsan.
Untuk rekod, Kerajaan Negeri Terengganu selaku plaintif memfailkan writ samannya
melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi
di Kuala Lumpur pada pagi 6 Mac itu. Dalam saman itu, Petronas dinamakan defendan pertama dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan kedua.
Wakil kerajaan negeri Terengganu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi,
Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia Negeri, Mustafa Ali, Pengerusi
Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Tun Salleh Abbas, Setiausaha
Kerajaan Negeri, Mazlan Hashim dan Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Wan Mutalib Embong turut mengadakan
sidang akhbar berhubung dengan tindakan saman itu.
Dalam saman itu, tuntutan terhadap Petronas mempunyai lima asas dan dan enam asas
pula bagi tindakan terhadap Kerajaan Persekutuan.
Plaintif mendakwa pembayaran tunai pada Mac 2000 berjumlah RM434.8 juta adalah untuk
pengeluaran yang didapati dan diperoleh dalam tempoh separuh tahun kedua bagi
1999.
Jumlah itu dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi negeri Terengganu sebagai sebahagian daripada hasil negeri pada tahun
2000.
Namun, seperti disebut di atas, Putrajaya memprsoalkan bagaimana dana itu
dibelanjakan.
Disebabkan Kerajaan Persekutuan tidak memperoleh maklumat mengenai program penggunaan wang sebanyak RM432 juta itu, maka kajian semula dilakukan terhadap pembayaran royalty kepada Terengganu.
Yang lain selepas itu hanyalah pertelingkahan sehinggalah berakhirnya kerajaan PAS
pada 2004.
Biarpun Petronas dituduh secara salah dan memungkiri perjanjian utama dan tambahan telah gagal atau enggan membuat pembayaran tunai berjumlah lebih kurang RM850 juta dalam bulan September tahun 2000 bagi perolehan separuh tahun pertama 2000,
segala-galanya tidak berpihak kepada kerajaan PAS.
Tuntutan plaintif untuk ganti rugi am, teruk dan teladan terhadap Kerajaan Persekutuan yang didakwa menyebabkan kehilangan keyakinan dalam kemampuan Kerajaan Negeri Terengganu untuk mentadbir negeri, melemahkan semangat kaki tangan awam dan rakyat negeri tidak bermakna lagi.
Apa juga tuntutan termasuk ganti rugi terhadap Kerajaan Persekutuan kerana menyebabkan kesukaran dan kesulitan kewangan kepada pentadbiran negeri Terengganu hanya tinggal di atas kertas tuntutan semata-mata.
Pada 2004, kerajaan PAS digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional dan tenggelamlah seketika isu saman Kerajaan PAS terhadap Kerajaan Persekutuan dan Petronas.
Esok – Kenapa Saman Di Tarik Balik?
BAGAIMANA AKU MUNGKIN A VICTOR SELEPAS BANYAK YANG MEMBERIKAN BANYAK MEMENUHI PINJAMAN.
ReplyDeleteSaya berasa sangat diberkati dan terpenuhi. Saya enggan memohon pinjaman yang saya dengar tentang talian kerana segala-galanya seolah-olah terlalu baik untuk menjadi kenyataan, tetapi saya yakin & terkejut apabila kawan saya di tempat kerja saya mendapat pinjaman daripada Progresive Loan INC. & Kami berdua mengesahkannya dan saya juga terus maju untuk memohon, hari ini adalah pemilik syarikat yang bangga dan membuat wang untuk keluarga saya dan ibu yang bahagia. Baiklah aku Annie Joe dengan nama dari Pauls Valley, Oklahoma. Sebagai ibu tunggal dengan tiga anak, sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang dapat menjaga saya dan anak-anak saya dan saya mempunyai banyak bil untuk membayar dan membuatnya terburuk saya mempunyai kredit yang buruk jadi saya tidak dapat memperoleh pinjaman dari mana-mana bank. Saya mempunyai ideal untuk memulakan perniagaan sebagai stylist rambut tetapi tidak mempunyai modal untuk memulakan, Mencoba semua jenis bank tetapi tidak berfungsi sehingga saya dirujuk oleh rakan sekerja saya untuk iklan peminjam yang beradab untuk memberi pinjaman pada 2 % kadar bunga. Saya menghantar mereka mel menggunakan alamat e-mel rasmi mereka (progresiveloan@yahoo.com) dan saya mendapat balasan serta-merta dan pinjaman saya telah diluluskan, dan saya diarahkan ke laman web Bank di mana saya mengeluarkan pinjaman saya terus ke akaun saya. Untuk memotong cerita pendek saya bangga dengan syarikat stylist rambut saya dan berjanji untuk memberi kesaksian kepada dunia bagaimana hidup saya berubah .. Jika anda memerlukan apa-apa jenis pinjaman, saya menasihatkan anda menghubungi Progresive Loan INC dan diangkat secara kewangan E-mel: progresiveloan@yahoo.com ATAU Call / WhatsApp: +16626183756, anda boleh juga melawat: Laman web: https://progresivefunding.wordpress.com