Monday, June 22, 2009

APA SELEPAS INI SPRM?

Selepas sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pemeriksaan ke atas rekod kewangan pejabat Umno Bahagian Dungun, baru-baru ini, apa pula langkah SPRM seterusnya?

Apakah Ketua Bahagian UMNO Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan akan didakwa?
Banyak pertanyaan dan tanggapan bahawa beliau digugurkan sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu kerana kaitan dengan kes yang disiasat ini. SPRM dikatakan turut menemuramah beberapa kakitangan dan jawatankuasa Umno bahagian berkenaan.

Pemeriksaan dikatakan dilakukan sejak jam 12 tengah hari dan berlarutan hingga 9 malam itu, bertujuan melengkapkan siasatan SPRM Selangor terhadap dua ahli Umno negeri ini bergelar Datuk yang disyaki terbabit kegiatan rasuah RM3 juta dalam projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2).

Pada 10 Jun lalu, SPRM Selangor dilaporkan menahan seorang Senator dan seorang bekas Ahli Parlimen di Terengganu kerana disyaki terbabit dalam rasuah RM3 juta, membabitkan kejadian pada 1999 ketika kedua-dua mereka menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang menjadi kontraktor utama MRR2.

No comments:

Post a Comment