Saturday, June 27, 2009

IDRIS JUSOH HORMATI KEPUTUSAN HISHAM

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ia berkaitan pelantikan tiga pemimpin baru dalam Badan Perhubungan Umno Terengganu baru-baru ini.

Minggu lalu, Hishammuddin mengumumkan pelantikan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang sebagai Setiausaha menggantikan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan yang digugurkan.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd Said pula dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Roslan Awang Chik dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno negeri menggantikan Datuk Zuber Embong.

Beliau berkata keputusan Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno itu, dibuat selepas melakukan pertimbangan yang sewajarnya.

Pada ketika Idris menerima perlantikan itu, kenyataan seorang penyokong Idris semalam mempertikaikan perlantikan itu.

Semalam, Kumpulan bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak menerima rombakan kepimpinan Umno negeri yang diputuskan hujung minggu lalu kerana ia "berat sebelah".

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, rombakan itu mengutamakan orang Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Katanya, rombakan tersebut - bawah kepemimpin pengerusi baru perhubungan negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - tidak menunjukkan Umno mahukan perpaduan.

"Mereka lebih memilih orang penyokong Datuk Ahmad, manakala orang Datuk Idris seorang sahaja," katanya.

Katanya lagi, ketua bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang dan timbalan ketua bahagian Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek merupakan kumpulan penyokong Ahmad.

Hanya timbalan ketua bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Said daripada kumpulan Idris, ADUN Jertih dan ketua bahagian Besut.

No comments:

Post a Comment