Saturday, June 27, 2009

Projek inovasi kuasai BI

Oleh AIDA ABD RAHMAN (UKOM)

Ahmad Razif melawat sekitar Taman Tema Bahasa Inggeris selepas merasmikannya di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring. -Foto SHUHAIMI AHMAD.

Satu lagi projek inovasi dalam menangani isu penguasaan Bahasa Inggeris (BI) di kalangan murid di Terengganu dilancarkan semalam.

Projek Taman Tema Bahasa Inggeris (ETP) yang kedua itu diwujudkan di negeri ini bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Projek berharga RM350,000 sumbangan Exxonmobil Sdn Bhd mula digunakan sejak Februari sebagai platform terhadap sokongan memperpertingkatakan penguasaan BI, selepas projek yang sama dibina di Kemasik, Kemaman enam tahun lalu.

Ia juga membuktikan bahawa tanggungjawab sosial syarikat korporat bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan tahap pendidikan pelajar di Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata semalam, ETP adalah kerjasama pelbagai pihak yang sentiasa berusaha mencari pendekatan dan kaedah bagi meningkatkan tahap pencapaian BI di kalangan pelajar Terengganu.

“Usaha sebegini amat dialu-alukan di semua peringkat sebagai inisiatif mengadakan lebih banyak kemudahan bagi pelajar memperbaiki penguasaan BI yang menjadi kemahiran penting berdepan dengan dunia masa kini,” katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB Ahmad Razif Abd Rahman ketika merasmikan ETP Kuala Terengganu, di PKG Tok Jiring, semalam (25 Jun).

No comments:

Post a Comment