Wednesday, June 24, 2009

ITC KEMAMAN PUN ADA MASALAH?

Kalau ikut nama memang hebat. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC). Konsep juga hebat, Konsep Harvard Business School. Tapi apa dah jadi? Tak boleh pakai lagi...jangan terus tidak boleh pakai dah.

Nak tahu lebih jelas? Baca artikel berikut:


MB Lawat ITC
Oleh ESAH ABDULLAH (UKOM)

















Menteri Besar, Dato' Ahmad Said meneliti kecacatan bumbung ketika membuat tinjauan ke ITC Kemaman. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.


Latihan Antarabangsa (ITC) yang dibina mengikut konsep Harvard Business School di Teluk Kalong, Kemaman memerlukan sedikit masa lagi sebelum dapat digunakan kerana terdapat beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki segera.


Menteri Besar Datuk Ahmad Said ketika membuat tinjauan ke ITC petang semalam (16 Jun) berkata kolej ini perlu diteliti semula kerana terdapat kecacatan yang jelas terutama pada kayu penyokong bumbung serta beberapa bahagian lain.

“Setelah diteliti terdapat 200 hingga 300 item yang perlu diperbaiki semula.atau ditukar kerana tidak mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita sebaik selesai meninjau ke beberapa bangunan ITC. Keadaan bilik penginapan yang lebih selesa di ITC Kemaman.

ITC yang mempunyai 216 bilik lengkap dengan kemudahan ICT bertaraf dunia ini
telah dibinapada Mei 2005 dan dijangka siap pada Februari 2008 namun sehingga kini ianya masih belum dapat digunakan lagi kerana beberapa masalah yang timbul dan memerlukan pemantauan rapi.

“Saya dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengenal pasti dan memantau projek ini dari masa ke semasa dan berharap ianya dapat diselesaikan tidak lama lagi,” katanya.

Pusat Latihan Antarabangsa di Teluk Kalong Kemaman memerlukan sedikit masa lagi untuk dibuka kerana terdapat beberapa kecacatan pada pembinaannya.

No comments:

Post a Comment