Thursday, June 25, 2009

Kajian Daya Saing Terengganu Tangga Ke-29

Oleh AIDA ABD RAHMAN


Ahmad Razif menyampaikan anugerah emas kepada peserta ketika menutup Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif di Kuala Terengganu.

Terengganu menduduki tempat ke 29 daripada 57 negara seluruh dunia yang menyertai kajian di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Kedudukan ini membanggakan walaupun inilah kali pertama Terengganu terbabit dalam kajian daya saing dengan Malaysia berada pada tempat ke 18.

Ketua Pengarah MPC, Dato’ Nik Zainiah Nik Abd Rahman, berkata hasil laporan kajian daya saing merangkumi empat faktor utama iaitu prestasi ekonomi, prestasi kecekapan kerajaan, infrastrktur dan keberkesanan sektor swasta, sudah dibentangkan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada 12 Mei lalu

Katanya, kedudukan itu amat membanggakan berikutan inilah kali pertama Terengganu menyertai kajian yang dijalankan dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) sejak tahun lalu.

Menurut Nik Zainiah, (MPC) laksanakannya dengan Institute Of Management Development bertempat di Lausanne, Switzerland.

Beliau menyatakan perkara ini selepas Majlis Penutupan dan Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (ICC), di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, kelmarin (23 Jun lalu).

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB Ahmad Razif Abd Rahman. Beliau merasmikan majlis itu mewakili Menteri Besar.

Dato’ Nik Zainiah berkata, Terengganu memiliki banyak kelebihan dalam daya saing termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi kerana hasil bumi seperti minyak dan gas, selain produktiviti pekerja yang tinggi serta kestabilan harga.

Beliau berkata, pihaknya mengadakan perbincangan dengan UPEN dan ketua jabatan kerajaan untuk melaksanakan inisiatif tertentu yang mengambil kira beberapa perkara untuk meningkatkan lagi kedudukan daya saing pada masa depan.
Te rengganu merupakan negeri keenam menjalankan kajian itu selepas Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan Sabah.

Sementara itu, kedudukan daya saing Malaysia meningkat daripada tangga ke-19 ke tangga ke-18 berbanding tahun lalu dengan mengatasi beberapa negara maju yang lain seperti Itali, Korea, Jepun dan Britain.

Menurut Dato’ Nik Zainiah, buat kali pertama Malaysia mencapai nilai indeks 77 peratus menunjukkan bahawa perkara asas yang terlibat dan urusan peningkatan daya saing negara berada dalam keadaan yang sangat baik dan harus kekalkan.

No comments:

Post a Comment