Monday, June 29, 2009

Soal jawab mengenai e-book Terengganu

Oleh Roslan Abdul Rahman (UKOM)

“Pelaksanaan e-Book merupakan usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pencapaian pendidikan ke arah menyediakan tenaga kerja dalam era k-ekonomi,”

YAB DATO’ AHMAD SAID, MENTERI BESAR TERENGGANU

Pendahuluan

Terengganu mencipta sejarah baru dalam bidang pendidikan apabila Kerajaan Negeri memperkenalkan buku elektronik atau e-book bagi menggantikan buku teks.

Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri menyediakan 25,000 unit e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasukal-Quran, doa-doa dan amalan solat yang boleh digunakan oleh semua pelajar Tahun Lima di negeri ini.
Apa itu e-Book?

Ia adalah buku dalam bentuk elektronik yang dapat dibaca pada sebuah komputer atau alat lain yang direka khusus untuk membaca e-book. Di Terengganu ‘mini laptop’ dijadikan sebagai alat untuk membaca e-book.

E-book berkembang dengan cepat akhir-akhir ini di seluruh dunia, bukan sahaja untuk kegunaan pembelajaran, tetapi di bidang perniagaan, perhotelan, perbankan dan sebagainya.
Apa faedah ebook?

Ia dapat memuatkan perisian buku teks dan lain-lain yang diperlukan tanpa perlu membawa dalam bentuk buku biasa yang membebankan (berat dan besar),menjimatkan ruang dan juga perbelanjaan kerana segala bahan ilmu boleh dimasukkan dalam e-book. Ia juga sebagai persiapan awal membina generasi yang selaras dengan tuntutan perkembangan moden dan perubahan dunia yang semakin mencabar hari ini dan akan datang.

Bila dan berapa ramai murid akan terlibat?

Sebagai permulaan mulai pertengahan tahun ini seramai 10,438 murid Tahun Lima dari 127 buah sekolah Terengganu akan mula belajar menggunakan e-book. Pembahagian dibuat melalui Pejabat Pendidikan/Pelajaran di daerah masing-masing. Dengan ini pelajar-pelajar berkenaan dapat belajar dengan lancar dan boleh mengikuti modul pelajaran seperti biasa serta tidak lagi perlu membawa beg yang besar dan berat ke sekolah.

Ada tempat lain di dunia menggunakan e-book untuk pembelajaran?

Ya, contohnya di negara Portugal dan Venezuela yang menggunakan e-book sepenuhnya menggantikan buku teks di sekolah.

Adakah e-book (laptop) perlu dipulangkan semula?

Ya, agihan e-book sama seperti Skim Pinjaman Buku Teks diberi pinjaman dan kemudahan itu mesti dipulangkan kembali kepada pihak sekolah.
Bagaimana kalau berlaku kerosakan?

Juruteknik khas disediakan untuk membantu mengatasi masalah ini.
Apa perkembangan terkini mengenai e-Book di Terengganu?

Negara Brunei dan Negeri Melaka serta Sarawak berminat untuk mencontohi Terengganu memperkenalkan penggunaan komputer riba mini atau e-book kepada murid sekolah rendah bagi menggantikan buku teks yang dilihat sebagai wadah terbaik untuk menyemarakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Brunei serta dua negeri berkenaan tertarik selepas idea yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu itu disambut baik oleh Kementerian PelajaranMalaysia .

Melihat perkembangan yang menggalakkan ini, Terengganu yang menjadi pemasar tunggal e-book di

Malaysia, yakin mampu untuk membekalkan komputer riba ini kepada negeri yang berminat mulai tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment