Tuesday, June 23, 2009

T-Mall Pasarkan Barangan Tempatan

Oleh Esah binti Abdullah (UKOM)

YB Rozi melancarkan Sahabat Usahawan Terengganu sambil diperhatikan Pengurus Besar YPU, Haji Azmi Razik (kanan) dan Ahli Lembaga Pengarah YPU, Dato' Tengku Ismail Tengku Jaafar. -Foto SHUHAIMI AHMAD.

Terengganu akan mempunyai T-Mall atau Pasar Raya Rakyat (PRR) sendiri bagi memasarkan barangan tempatan menjelang akhir tahun ini.

T-Mall pertama di negeri ini akan dibina di Jalan Besar, Kuala Berang, Hulu Terengganu bagi
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Rozi Mamat berkata bangunan setinggi dua tingkat yang berharga RM5 juta dijangka menjadi mercu tanda kepada pengunjung ke bandar itu.

“Kerajaan yakin dengan kerjasama YPU, T-Mall akan memberi pulangan yang baik kepada peniaga kecil dan sederhana di negeri ini disamping dapat memasarkan barangan keluaran peniaga tempatan secara terancang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis Pelancaran Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu Isnin lalu (21 Jun 2009).

Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan, Haji Azmi Razik; Ketua
Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Ariffin Abdullah dan Ahli Lembaga Pengarah YPU merangkap Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Terengganu (DPMT), Dato’ Tengku Ismail Tengku Jaafar.

Katanya, kerajaan juga sedang merangka beberapa strategi untuk mewujudkan usahawan dalam bidang pertanian seperti tanaman jagung, usahawan ternakan (kambing) dan usahawan perikanan (ikan dalam sangkar).

“Sekarang kita sudah mengorak langkah kearah kejayaan dimana projek ternak ikan dalam sangkar di Sungai Como di bawah kelolaan Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) sudah mengeluarkan lebih 30 tan ikan air tawar,” katanya.

“Sebuah pusat pengumpulan bahan-bahan pertanian juga sedang dalam pembinaan dan akan menyerahkan kepada YPU untuk tujuan pengurusan,” katanya.

Katanya, usaha juga sedang dibuat untuk melahirkan usahawan pertanian dengan meningkatkan pengeluaran jagung dengan penglibatan lebih ramai petani sedia menghadapi cabaran.

“Kerajaan akan memberi peruntukan 100 peratus bagi pusingan pertama tanaman dan seorang petani diberi lima hektar kawasan untuk diusahakan,” katanya.

Katanya, kerajaan ingin melihat pengusaha tanaman jagung menjadi seorang usahawan yang berjaya dan bukan sekadar untuk sara diri semata-mata.

“Sama juga dengan program SUT ini, membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain berbincang bagaimana cara memperbaiki pengeluaran dan meningkatkan jualan,” katanya.

Katanya, jangan wujudkan perasan dengki dengan rakan niaga sebaliknya jadikan mereka kawan dan sebarang masalah timbul boleh diselesaikan bersama.

No comments:

Post a Comment