
Beliau berkata, pengalaman sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Exco) banyak memberi pengajaran kerana ada kalanya pendapat disuarakan masyarakat di peringkat akar umbi lebih bernas berbanding pendapat pakar dalam sesuatu bidang.
"Saya masih ingat, pembinaan benteng pemecah ombak di Merang, Setiu dulu mendapat

"Bagaimanapun, pembinaan tetap diteruskan dan terbukti walaupun sudah melalui kajian dan nasihat dari pakar berkaitan, ia roboh dan tetap tidak boleh pakai.
"Daripada pengalaman ini kita boleh lihat bahawa pendapat dan suara rakyat sangat bernilai untuk membantu kerajaan negeri membangunkan negeri seiring dengan pendekatan merakyatkan pembangunan yang dilaungkan kerajaan negeri," katanya pada sidang media sempena Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DUN Terengganu di Kuala Terengganu kelmarin.
Sempena sambutan itu, sebanyak RM700,000 diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi menjayakan pelbagai program yang akan berlangsung selama hampir lima bulan bermula kelmarin.
Beliau berkata, sempena sambutan itu pelbagai program membabitkan semua golongan termasuk pihak istana, pemimpin negeri, bekas wakil rakyat, ahli akademik, pegawai kerajaan, pelajar dan masyarakat setempat sudah diatur.
Tengku Putera berkata, wakil rakyat pada kini amat bertuah kerana mempunyai banyak saluran untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas berhubung suara rakyat.
"Sekarang ini banyak cara untuk wakil rakyat dapat mendengar suara rakyat termasuk melalui SMS dan e-mel. Walaupun tidak lagi berborak di kedai kopi macam dulu-dulu, pelbagai maklum balas boleh didengar untuk kebaikan rakyat," katanya.
No comments:
Post a Comment