Wednesday, July 29, 2009

PAS TERENGGANU KEMARUK NAK PILIHAN RAYA

PAS meroyan tak habis-habis.

Selepas gagal mempertahankan ‘kerajaan Islam’ (konon) di Perak, PAS Terengganu mengatakan akan ada pilihan raya bagi menyelesaikan krisis (UMNO) di negeri berkenaan.

Bagi PAS, ia berkeyakinan pilihan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak dan Terengganu sekarang dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membolehkan mandat baru rakyat diperolehi.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata, krisis politik yang berlanjutan di kedua-dua negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak mampu selesai tanpa diadakan pilihan raya.

"Kalau sebelum ini Perak disebut-sebut akan dibubarkan DUN dalam tempoh terdekat, masalah serupa juga berlaku di Terengganu," katanya pada perjumpaan dengan anggota jawatankuasa PAS Besut baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua PAS kawasan itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya krisis yang berlaku antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh tidak boleh diselesaikan lagi.

Oleh itu beliau meminta jentera Pilihan raya PAS Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya peringkat negeri dalam masa terdekat ini.

"Semua ahli dan penyokong PAS hendaklah mendekati semua lapisan masyarakat bagi menarik mereka menyokong PAS.

"Janganlah kita memusuhi mereka kerana semata-mata mereka menyokong UMNO sebaliknya perlu berusaha menarik mereka," tambahnya.

Lawatan presiden merupakan sebahagian program memperkasakan PAS Besut. Program dua hari itu diadakan pada 24 dan 25 Julai lalu.

Hadir sama Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Abdul Hadi berkata, berikutan krisis dalaman Umno, PAS Terengganu diberi layan istimewa oleh Menteri Besar terutamanya menyelesaikan hak milik tanah yang telah dilulus kerajaan PAS namun dirampas kerajaan BN di bawah Idris.

"Datuk Mad (Ahmad Said) berjanji akan menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang bertindih dengan menyerahkan kembali hak milik berkenaan kepada pemilik asal.

"Menteri Besar bersetuju berbuat demikian sebagai menghargai sokongan Adun PAS Terengganu bagi menyelamatkan daripada undi tidak percaya dibawa Adun BN," ujarnya.
PAS sekarang mempunyai lapan daripada 32 kerusi di Dun Terengganu.

No comments:

Post a Comment