
“Alam siber ibarat baja bagi minda kanak-kanak dan remaja mengembangkan dunia pengetahuan mereka.
“Ia wujud sebagai medan kepada sumber pengetahuan dan maklumat zaman digital kini serta gedung pelbagai idea dan inovasi baru,” katanya.
Menurut Yahya, kekayaan internet merangkumi pelbagai bentuk hiburan dengan segala-galanya mampu dilakukan dengan hanya satu klik sahaja.
“Kemudahan internet menyebabkan anak juga tidak terkecuali mudah terdedah kepada elemennegatif yang wujud dalam masyarakat, justeru, ibu bapa perlu sentiasa memantau penggunaan internet.
“Kemudahan ini tidak boleh disekat kerana ia juga adalah platform anak menjelajah alam siber dengan melayari internet bagi menyelami lautan ensiklopedia bagi menambah ilmu pengetahuan, memasuki perpustakaan video, menyertai ruang sembang dan membina rangkaian sosial,” katanya.
No comments:
Post a Comment