
Program bagi mengukuhkan lagi silaturahim di kalangan anak Terengganu itu menjadi tajuk

Menurut Ahmad Said, warga Terengganu boleh menikmati makanan dan buah-buahan Terengganu dengan percuma selain berhibur dengan artis tempatan yang akan turut serta memeriahkan acara itu.
Temubual kira-kira 10 minit itu turut menyaksikan Ahmad Said memperkenalkan beberapa jenis kueh mueh Terengganu.
Namun, satu daripada istimewanya sajian Sabtu ini ialah mafin dan biskut gadung selain kueh-mueh tradisional lain.

Difahamkan Universiti Malaysia Darul Iman (UDM) sudah dimaklumkan untuk beberapa kakitangannya terbabit sama pada fiesta itu bahawa ‘gadung tidak memabukkan tetapi menyedapkan’.
Awal tahun ini kerajaan negeri memaklumkan kepada UDM kelulusan untuk penyelidikan mengenai ubi gadung sebanyak RM2.2 juta untuk tempoh dua tahun.
Ahmad Said berkata, program 1T3F itu akan dipenuhi dengan acara makan buah-buahan dan makanan tempatan selain diselang-seli dengan persembahan rakyat dan kebudayaan serta huburan.
Program ini akan melibatkan semua daerah di negeri ini di mana setiap Pegawai Daerah akan diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan makanan serta produk yang menjadi identiti daerah masing-masing.
Antara makanan yang akan disediakan termasuk nasi dagang, laksa, ketupat sotong, rojak kateh, pulut nyor, bekam, otak-otak dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment