Pemantauan dan penilaian mengenai masalah siling tanggal di beberapa bahagian Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terutama di bumbung utama terminal akan diumumkan dalam terdekat.
Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Judin Abdul Karim, berkata pemantauan dan penilaian yang sedang dilaksanakan.
LTSM yang bernilai RM123 juta itu menjejaskan imej satu lagi projek mega negeri itu yang juga baru hampir setahun digunakan.
Berita Harian Rabu lau melaporkan siling di bahagian bumbung utama Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhampiran Kompleks Menara Kawalan tertanggal lagi.
Ini sudah pasti menjejaskan pemandangan terminal berharga RM123 juta itu. Sebab tertanggal dikatakan kerana angin kuat dari pantai.
Pengurus Malaysia Airports Bhd (MAB) LTSM, Ahmad Ramli Mahmood, berkata pihaknya sudah melaporkan masalah ini kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) .
Beliau berharap agensi itu akan tampil dengan penyelesaian jangka panjang yang mungkin membabitkan rekaan semula bumbung itu,
Ahmad Ramli menjelaskan, pihaknya sudah mengesan masalah siling tanggal di beberapa bahagian lapangan terbang itu terutama di bahagian kiri dan kanan bumbung utama sejak lapan bulan lalu, dan dalam tempoh itu sudah tiga kali kejadian itu berulang.
Katanya, setiap kali MAB mengesan masalah itu, kontraktor akan membaikinya tetapi tidak berapa lama kemudian kejadian sama akan berulang.
No comments:
Post a Comment