Bahaya penulis dan blog yang berslogankan “Suara Rakyat Besut” ini...menghasut dan mencerca.
Blog ‘milik orang Besut’ ini sedang menjalankan kerja menghasut dan mencerca Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Blog ini jelas menyokong kumpulan tertentu apabila mengatakan “BN Akan JAHANAM di Terengganu sekiranya Ahmad Said Terus menjadi MB Terengganu, khabarnya juga sebuah pertubuhan yang dikenali dengan nama Gerakan Besut Merdeka bakal berusaha untuk menuntut kemerdekaan dan dibebaskan daripada pemerintahan Terengganu dan ianya akan dituruti pula dengan Gerakan Setiu Merdeka yang akan mengambil tindakan yang sama dan belum dapat dipastikan samaada Gerakan Setiu Merdeka akan meminda berada di bawah pemerintahan Besut ataupun Pemerintahan Setiu sendiri.”
Menurut sumber yang mendakwa wakil Gerakan Besut Merdeka, orang-ramai tidak perlu bimbang pertubuhan ini tidak akan menggunakan 'kekerasan' untuk menuntut kemerdekaan Besut, malah ia akan memastikan 'proses' itu berjalan dengan cara yang baik dan tidak memudaratkan begitu juga dengan Gerakan Setiu Merdeka mereka tidak akan menggunakan cara 'kekerasan' seperti perperangan untuk menuntut pembebasan mereka dari naungan Terengganu.
Dalam konteks mencerca, blog ini berkata: “Menteri Besar Terengganu Bukan Pilihan Rakyat Datuk Ahmad Said, ternyata beliau seorang yang pemalas, banyak masanya dihabiskan untuk perkara-perkara yang langsung tidak memberikan faedah kepada rakyat.”
Kata blog itu, beliau lebih mengutamakan 'usaha-usaha' untuk memperkukuhkan beliau walaupun ada gelora yang berlaku di dalam Kerajaan Negeri Terengganu yang dikenali dengan 'krisis kepimpinan' beliau menafikan dan lantas mengeluarkan 'kenyataan' Tiada Gelora Berlaku di akhbar Sinar Harian dengan mudahnya beliau cuba menipu rakyat dengan kenyataanya itu.
Hayat BN di Terengganu hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi, Kekuasaan BN Akan Jahanam di Terengganu tak lama lagi, ini adalah kerana berpunca daripada beberapa siri kezaliman yang dilakukan oleh Ahmad Said terhadap rakyat Terengganu terutamanya Rakyat Besut.
Kalau kita lihat sebelum ini MB Terengganu yang terdahulu iaitu Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad telah dijahanamkan dengan 'undi protes' kerana memungkiri janji yang telah dibuat dan seolah-olah beliau mahu menjadi MB seumur hidup. Begitu juga Ahmad Said, beliau juga berkemungkinan berkeinginan untuk menjadi MB seumur hidup agar 'puas' lah kroninya dan anak pinaknya 'meratah' duit rakyat.
Bolehkah pihak berkuasa siasat blog ini?
No comments:
Post a Comment