Friday, July 3, 2009

PENDAPAT SAYA...

Sama tapi tidak serupa...Oleh ROSLI ABDULLAH

Malu dan memalukan. Bagi saya usaha memuji Datul Seri Idris Jusoh melampau sehingga menyamakan beliau dengan Mahmoud Ahmadinejad sudah melampau.

Kalau Idris baca rencana di sebuah blog (rasanya oleh orang Besut) ini pun dia malu. Inilah jadinya kalau terlalu nak ‘jek’ hingga tonggang terbalik dibuatnya Idris.

Mahukah jadikan Idris jadi Ostrich dengan menyorokkan muka ke dalam tanah (bumi) tapi punggung tetap terlondeh.

Kata penulis ini: “Kalau nak dibandingkan pemikiran Idris Jusoh dengan Ahmad Said sememangnya jauh langit daripada bumi kerana umpama seorang lepasan PhD dengan seorang Budak Tadika Yang Masih Berhingus.”

Kalau saya jadi Idris mahu saya marah dan carut-carut penulis yang menghasilkan rencana bodoh seperti ini.

Kalaupun mahu puji Idris janganlah menghina Ahmad Said sedemikian rupa. Ahmad Said budak berhingus?

Sudah pernah jadi Ketua Pemuda UMNO Negeri, AJK Pemuda Pusat, ADUN serta Exco Kerajaan Negeri lebih dahulu daripada Idris pun ‘masih berhingus’?

Lepas itu, menuduh pembangkang pulak tu yang berusaha memecat Idris, kononnya selagi ada Idris sukar pembangkang mengalahkan Terengganu.

Selain itu ada orang UMNO dikatakan turut terlibat kerana tidak diberikan peluang kali kedua untuk menjadi calon.

Jadi, kedua-duanya inilah yang menjadi punca Idris tidak dilantik semula.

Betulkah pendapat ini?

Jika demikian, kenapa marahkan k Ahmad Said yang tidak ada kena mengena dengan ‘pengguguran Idris”?

Atau kerana marahkan sangat mereka ini, Ahmad Said dijadikan kambing hitam.

Entahlah...yang pasti persamaan ini sebenarnya jauh berbeza!

Bacalah sendiri dan fikirkan sendiri perbezaan ini:

Persamaan Idris Jusoh Dengan Mahmoud Ahmadinejad

Wednesday, July 1, 2009

Penulis percaya sudah ramai mengenali siapakah Mahmoud Ahmadinejad. Mungkin hanya ada segelintir yang tidak mengambil berat perkembangan dunia yang tidak mengenali Mahmoud Ahmadinejad.

Mahmoud Ahmadinejad ialah Presiden Iran yang merupakan sebuah negara Islam di Timur Tengah. Kepimpinan beliau sudah membawa Iran membangun dengan begitu pesat lagi dan negaranya ditakuti oleh beberapa Kapitalis Barat sehingga banyak cubaan untuk menjatuhkan kepimpinan beliau di Iran termasuklah membantu seorang calon Presiden Iran yang dilihat pro dan berpaksikan Barat iaitu Mir-Hossein Mousavi Khameneh. Penulis juga percaya sudah ramai yang mengenali Datuk Seri Idris Jusoh yang popular dengan nama panggilan 'Haji Deris' di Besut, Terengganu ini.

Beliau merupakan bekas Menteri Besar Terengganu yang telah dinafikan hak sebagai MB oleh puak-puak tertentu dengan mempergunakan 'kuasa' orang yang tidak boleh ditentang perintahnya kerana orang itu ada pertalian darah dengan orang ada 'kuasa' tersebut.


Bagi Penulis, Idris Jusoh dengan Mahmoud Ahmadinejad memang ada sedikit persamaan. Persamaan pertama ialah Idris Jusoh mempunyai 'kebolehan kepimpinan' yang luar biasa yang tidak tercapai oleh akalmu.

Pemikiran Idris Jusoh juga sesuatu yang berbeza berbanding pemimpin-pemimpin lain di Terengganu dan juga di Malaysia. Kalau nak dibandingkan pemikiran Idris Jusoh dengan Ahmad Said sememangnya jauh langit daripada bumi kerana umpama seorang lepasan PhD dengan seorang Budak Tadika Yang Masih Berhingus.

Idris Jusoh juga gemar mencipta sesuatu yang baru yang kadang-kadang tidak dapat difikirkan oleh manusia biasa. Beberapa perkara yang 'dicipta' beliau belum pernah terfikir di 'benak' sesiapa sahaja sebelum ini. Contohnya, Program Ulul Albab yang dibuat di atas 'kajianya' terhadap kitab suci Al-Quran. Idris Jusoh juga mempunyai kebolehan sepertimana ulama-ulama tanah air, beliau boleh menyampaikan ceramah agama dengan baik, Khutbah yang disampaikan oleh beliau juga begitu bersemangat.

Selain itu, beliau seorang yang berkebolehan 'membakar semangat' sehinggakan beliau dan 'tenteranya' berjaya menawan Terengganu pada tahun 2004 melalui Pilihan Raya Umum Ke 11.
Sekali lagi Idris Jusoh dan 'Tenteranya' di uji di medan pertempuran bernama 'Pilihan Raya Kecil Ke 12. Walaupun negeri-negeri lain di Malaysia banyak yang jatuh kepada pembangkang, namun Terengganu masih kekal di bawah Barisan Nasional di atas kebijaksanaan kepimpinan beliau.

Beliau dilihat oleh pembangkang sebagai salah satu faktor 'kegagalan' pembangkang untuk menawan kembali Terengganu, oleh sebab yang demikian kerana mereka ada hubungan dengan 'orang dalam' kepada orang yang berkuasa jadi mereka cuba mempergunakan 'orang yang berkuasa' ini untuk menyingkir Idris Jusoh.


Selain itu, ada juga 'orang dalam' BN yang mempunyai pertalian darah dengan 'orang yang berkuasa' juga cuba menyingkirkan Idris Jusoh dengan cara yang sama memandangkan dia tidak diberi peluang kedua untuk menjadi calon pilihan raya. Inilah yang dikatakan kalau nak berkuasa mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk jadi 'musuh dalam selimut'.

No comments:

Post a Comment