(Tajuk asal DEBAT PM -NIK AZIZ,PERLUKAH?)
Oleh Roslan Abdul Rahman (UKOM)
Terbaru, setelah menuduh dan menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat ‘Ayah Pin’ kini orang yang bernama Nik Aziz bin Nik Mat mengajak pula Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak berdebat.
Tuduhan itu nampaknya dikeluarkan secara mudah dalam satu ceramah, tetapi makna di sebaliknya amatlah berat. Ertinya ahli UMNO yang kini menjangkau 3 juta adalah merupakan penganut ‘komunisme’ dan ajaran sesat Ayah Pin.
Salah satu fahaman komunisme ialah tidak menganut apa-apa agama dan semua agama itu disifatkan sebagai ‘candu’ dan melemahkan manusia.
Bentuk dan dasar ideologi komunisme adalah berpandukan kepada pemikiran Marxisme, Leninisme dan fikiran Mao Tse Tung.
Pengikut ideologi komunis berpegang kepada konsep iaitu memfokuskan diri sebagai ”Tuhan”. Daripada tiga konsep ini, dapat dilihat bahawa antara ideologi komunisme ini adalah tidak mempercayai dan mengakui kewujudan Tuhan. Pengikut fahaman komunis, meskipun tidak percaya pada Tuhan, tetapi pada dasarnya dia bertuhan.
Lantas, siapa tuhan orang komunis? Itu sangat tergantung pada apa atau siapa yang mendominasi kehidupan mereka. Tuhan mereka adalah ajarannya, pemimpinnya, atau dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, mereka percaya kepada syurga dan neraka.
Mereka percaya bahawa apabila seseorang pengikut ideologi komunisme meninggal dunia, ia akan naik ke syurga iaitu bertemu dengan Karl Marx. Bahkan mereka juga percaya manusia itu berasal dari monyet sebagaimana teori evolusi Charles Darwin.
Itulah falsafah dan fahaman orang-orang UMNO apabila disamakan dengan komunis itu? Terlalu berat tuduhan dan penyamaan yang dibuat oleh Nik Aziz itu.
Manakala ajaran Ayah Pin pula mengikut fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan Fatwa berikut:
Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu,sesat,menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.
Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut. Tarkih Pewartaan: 4 Disember 1997
Keterangan :
Antaranya :
1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara'.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
Demikian kesesatan ‘Ayah Pin’, maka apabila Nik Aziz juga menyamakan UMNO dengan ajaran ‘Ayah Pin’ maka demikianlah juga ahli UMNO.
Layakkah Nik Aziz menuduh sampai sebegitu rupa. Siapakah dia boleh menuduh dan menyamakan orang-orang UMNO sehina itu?
Apa yang sedia diketahui umum Nik Azizlah yang banyak mengeluarkan kata-kata dan hukum antaranya:
1.‘Tuhan pun mencarut’,
2. Boleh berkawan dengan syaitan
3. Nabi juga mengamalkan kronisma dan macam-macam lagi kenyataan yang cukup menyinggung perasaan umat Islam hanya semata-mata untuk mempertahankan pengikut Pas dan kepentingan politik Pas.
Senang sahaja beliau mengeluarkan percakapan yang menghina Tuhan. Ada orang memberi pendapat mengenai kata-katanya itu, tapi akhirnya perkara itu diam begitu sahaja.
Beliau kemudian mengeluarkan kata-kata yang boleh kita kategorikan sebagai menghina Nabi pula. Semasa beliau dituduh memilih kroni apabila melantik menantu beliau untuk jawatan penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan, beliau menyatakan Nabi pun mengamalkan kronisma juga apabila baginda melantik sahabat-sahabat baginda.
Tidak menghinakah namanya itu? Tapi siapa yang berani memberi ulasan.
Jika kita masih ingat, pada awal kemerdekaan, Pas dengan lantang berkempen mengatakan UMNO sebagai taghut, sesat dan tidak menuruti ajaran Islam kerana bekerjasama dengan kafir. Sekarang bagaimana hukumnya bilamana Pas sendiri bekerjasama dengan orang-orang kafir sehingga dalam isu kerajaan perpaduan pun PAS menolak dan menandatangani pernyataan bersama dengan Lim Kit Siang (DAP) pada 22 Jun lalu di bangunan Parlimen, menolak anjuran mulia itu.
Berbalik kepada persoalan Nik Aziz memberi fatwa boleh berkawan dengan syaitan, seorang ahli agama, Ustaz Wan Zahidi Wan The menulis:
“Kenyataan Haji Nik Aziz boleh mengelirukan jika tidak diberi penjelasan ialah tentang keharusan berkawan dengan syaitan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam. Ini ialah memandangkan Quran dan Sunnah dengan jelas dan tegas memerintahkan umat Islam supaya menjadikan syaitan sebagai musuh mereka yang paling utama tanpa sebarang kompromi. Kerana syaitan itu sendiri merupakan punca kejahatan yang tidak boleh diharapkan apa-apa kebaikan daripadanya pada bila-bila masa dan keadaan sekalipun, seperti yang ditegaskan dalam firmannya yang bermaksud: "Sesungguhnya laknat itu tetap menimpamu (iblis) sampai hari kiamat" (Thoha. 35). Menurut Ibnu al-Qayyim: "Sesiapa yang meneliti Quran dan Sunnah akan mendapati kedua-duanya memberi penekanan yang lebih banyak dalam memperingatkan manusia tentang tipu helah syaitan dan keperluan memeranginya, berbanding dengan peringatan tentang bahaya nafsu" (Ighathah al-Lahfan, jld. 1). Ibnu Kathir, ketika mengulas ayat yang memerintahkan umat Islam berbuat baik terhadap manusia yang bermusuh dengan mereka (Fushshilat: 34), beliau menyatakan: "Allah memerintahkan umat Islam supaya berdamai dengan musuh yang terdiri daripada manusia serta berbuat baik kepada mereka; supaya dengan itu permusuhan dapat dijernihkan disebabkan terdapat asas kebaikan dalam diri setiap manusia. Tetapi Allah memerintahkan supaya mereka memohon perlindungan daripada syaitan, kerana permusuhannya dengan manusia bersifat total dan tidak ada sebarang kemungkinan untuk berdamai dan berbaik-baik lagi. Ini ialah memandangkan seluruh usaha syaitan ditumpukkan untuk membinasakan anak Adam disebabkan permusuhan yang sangat ketat antaranya dengan bapa mereka Adam sebelum ini" (Tafsir al-Quran al-'Azim, jld. 1).
Apa yang disebutkan oleh Ibnu Kathir ini dapat disaksikan dalam banyak ayat Quran, antaranya Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah dia sebagai musuh; kerana sesungguhnya syaitan itu hanya menyeru puaknya supaya mereka menjadi penghulu neraka sa'ir" (Faathir: 6). Menurut AI-Quran, hanya orang yang tidak beriman sahaja yang menjadikan syaitan sebagai pembantunya, seperti yang dinyatakan dalam surah al-A'raaf ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya kami jadikan syaitan itu sebagai pembantu-pembantu kepada orang-orang yang tidak beriman". AI-Quran seterusnya menegaskan bahawa orang-orang yang menjadikan syaitan sebagai kawan tidak akan mendapat apa-apa kecuali kerugian di dunia dan di akhirat: "Dan sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai penolong selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata" (Maksud ayat 119 surah Annisaa').
Jadi persoalan syaitan sebagai musuh utama umat Islam dan tidak boleh dijadikan kawan atau pembantu dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam adalah merupakan perkara yang qat'ei (tidak terdapat perbezaan pandangan atau tafsiran mengenainya). la termasuk dalam hukum yang dikategorikan oleh ulama sebagai "al-ma'lum min al-din bi al-dharurah" (hukum yang diijmak oleh ulama dan dapat diketahui dengan mudah tanpa perlu kajian yang mendalam).
Hukum seperti ini tidak boleh dipermainkan; kerana mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran. Oleh itu sebarang bentuk kenyataan yang boleh menampakkan percanggahan dengan keterangan Quran yang jelas dan qatei ini boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai, memandangkan ia menyentuh persoalan akidah yang tidak boleh ada sebarang ijtihad lagi mengenainya.
Mudah-mudahan dengan penjelasan ini saya berharap telah dapat melaksanakan tanggungjawab menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Bagi pihak orang ramai pula, mereka berpeluang meneliti manakah pandangan yang benar dan menyakinkan untuk dijadikan pegangan dan amalan, yang mana mereka akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak terhadap pegangan tersebut secara bersendirian - bukan secara berparti. Wallahu A'Iam.”
Mampukah orang UMNO hanya berdiam diri dan bersabar dengan segala macam perkara yang dilakukan oleh yang merasakan dirinya terlalu ‘kebal’ kerana tiada sebarang tindakan walau apapun kenyataan menghina orang lain, bahkan menghina Tuhan dan Nabi dibuat.
Insan yang menghina UMNO itu bukanlah orang asing dengan UMNO, pernah suatu ketika menjadi Pegawai KEMAS, agensi yang diwujudkan oleh UMNO.
Bahkan orang nombor satu PAS pernah membuat fatwa, lawan UMNO mati syahid, tetapi tentulah dirasakan diri kebal untuk menyatakan apa sahaja sebab hidup di Malaysia ini keadaan diri tetap aman dan sejahtera walaupun kenyataan dibuat cukup tidak aman dan sejahtera.
Orang yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan itu bukan kerana tidak ada ilmu dan pengetahuan sebagaimana ‘Ayah Pin’. Pemimpin PAS kebanyakannya mengangkat dirinya sebagai ‘Tuan Guru’ pada nama mereka, bukan Mahaguru Budha atau lain-lain agama tetapi Tuan Guru dalam konteks agama Islam. Bukan orang yang letak, diri sendiri yang letak Tuan Guru sebagai nama rasmi, tertera pada pejabat dan milikan rasmi masing-masing. Demikianlah adanya.
Semua memperkatakan kebaikan dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki.
Apa pun ingat dan hayatilah Firman Allah, maksudnya: “Wahai orang orang yang beriman! Mengapa kamu ucapkan apa apa yang tiada kamu perbuat? Sangat dibenci oleh Allah, bahwa kamu ucapkan apa apa yang tiada kamu perbuat". (QS. Ash Shaaf, 61 : 2 3).
Ayat ini bermakna bahwa ilmu tanpa amal akan mengundang bencana dan kutukan. Kualiti suatu ummat dilihat dari kemampuannya menerapkan ilmu pengetahuan mereka, atau pendayagunaan ilmu itu, dalam mengelola alam keliling hingga lebih bermanfaat dan bernilai guna. Juga ilmu yang diamalkan sangat berguna untuk menciptakan kesejahteraan ummat manusia secara umum, dengan amal usaha mereka sendiri.
Tidakl wajar dan tidak serasi untuk berdebat dengan mereka ini. Hanya doakanlah kehadrat Allah Subhanahu Wataala supaya diberi pertunjuk dan keinsafan atas keterlanjuran yang dilakukan, semoga Allah mengampuni.
No comments:
Post a Comment