Menteri Besar, Datuk Ahmad Said secara rasmi mengundang semua anak Terengganu, khususnya di Lembah Kelang supaya sama-sama menjayakan Pehimpunan 1T3F (1 Terengganu Food Fruits Fiesta) di Stadium Bukit Jalil 1 Ogos ini.
Kerajaan Terengganu berharap kira-kira 10,000 rakyat Terengganu dan keluarga akan hadir pada majlis itu.
Pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Exco semalam, Ahmad Said menyatajab harapannya agar rakyat Terengganu di Lembah Kelang akan mengambil peluang ini untuk mengeratkan perhubungan sesama mereka selain antara pemimpin negeri dan rakyat negeri Terengganu di perantauan.
Program ini dipenuhi dengan acara makan buah-buahan dan makanan tempatan selain diselang-seli dengan persembahan rakyat dan kebudayaan serta huburan.
Beberapa artis Terengganu seperti Salim, Ameng, Adnan Othman, Faizal AF, Hafsah Jusoh yang berasal dari Terengganu akan menyerikan majlis.
Program ini akan melibatkan semua daerah di negeri ini di mana setiap Pegawai Daerah akan diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan makanan serta produk yang menjadi identiti daerah masing-masing.
Antara makanan yang akan disediakan termasuk nasi dagang, laksa, ketupat sotong, rojak kateh, pulut nyor, bekam, otak-otak dan banyak lagi.
Ia akan dilangsungkan di pekarangan Tempat Letak Kereta B, Stadium Bukit Jalil 1 Ogos ini sebagai meraikan tetamu kehormat – anak-anak Terenganu di perantauan.
Pelbagai acara diatur pada majlis bermula 6 petang hingga 12 malam itu.
Perhimpunan adalah anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PESAT).
No comments:
Post a Comment