(Tajuk asal: Manek Urai Usah Pilih YB Gaji Buta)
Saya adalah anak Terengganu yang telah berhadapan dengan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu awal tahun ini.
Parlimen Kuala Terengganu sebelum itu disandang Timbalan Menteri Pelajaran, (Allahyarham) Datuk Razali Ismail. Maka, bertuahlah rakyat Kuala Terengganu dan Terengganu kerana mereka mempunyai seorang Timbalan Menteri. Dan, sudah tentu banyak masalah berkaitan dapat diselesaikan dengan baik manakala pembangunan di Parlimen Kuala Terengganu sendiri Nampak rancak.
Namun, apabila berlaku pilihan raya kecil tersebut, rakyat Kuala Terengganu memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka. Tak tahulah macamana perkiraan mereka. Nak kata bodoh pun, nampak teruk sangat tetapi itulah pilihan mereka.
Tidak salah memilih Pas jika wakil rakyatnya bekerja untuk rakyat dan sentiasa berfikir dan merancang pembangunan untuk rakyat. Soal mereka wakil rakyat pembangkang bukan alasan pembangkang kini sudah kaya raya berbanding dulu. Namun hari ini, apa yang ada di Kuala Terengganu.
Dulu, rakyat boleh bertemu dengan Allahyarham dan meminta bantuan itu dan ini. Apabila Allahyarham meninggal, calon BN pada pilihan raya kecil itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah dijanjikan jawatan dalam kabinet jika diberikan mandat, namun rakyat tetap tidak pilih.
Hari ini, berapa kerat yang mengadu kepada Ahli Parlimen Pas itu dan banyak mana pula masalah rakyat dapat beliau selesaikan sebagaimana wakil rakyat BN dapat selesaikan.
Jika tidak keterlaluan, saya mahu nasihatkan rakyat di Manik Urai agar bijak memilih pemimpin. Janganlah memilih pemimpin dengan hanya memberikan mereka gaji buta semata-mata. Ia tidak mampu membawa ke syurga.
No comments:
Post a Comment