Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) berhasrat menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa dengan melahir dan membentuk pemimpin berbakat, selain pemikiran diasuh, diperkaya dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.
Naib Canselor UDM Profesor Datuk Dr Alias Daud berkata, bagi mencapai hasrat itu, UDM kini sedang melalui fasa pembangunan amat pesat dengan pengambilan beberapa tenaga pengajar dari luar negara seperti Thailand, India dan China.
:“Kita juga sedang berusaha melantik tenaga pengajar dari negara luar sebagai salah satu usaha pengantarabangsaan. Menjelang tahun 2015, Kementerian Pengajian Tinggi mengunjurkan UDM akan mempunyai kapasiti 15,000 orang pelajar.
:“Lanjutan itu, pelbagai kemudahan pelajar dan staf giat diusahakan bagi menjamin mahasiswa dan mahasiswi pada masa akan datang dapat menuntut ilmu dalam keadaan lebih kondusif, selesa dan selamat,” katanya pada Majlis Konvokesyen kali pertama sidang kedua UDM Kampus Kusza, di Kuala Terengganu baru-baru ini.
:Beliau berkata, segala kemudahan dan kepakaran yang ada digunakan untuk pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat serta pembangunan negeri Terengganu.
:Sebagai contoh, katanya, penglibatan UDM dalam projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) khususnya penubuhan dua pusat kecemerlangan iaitu, Pusat Hab Halal dan Pusat Penyelidikan Produk Herba dan Bioteknologi.
:“Penubuhan UDM yang merupakan institut pengajian tinggi awam ke-18 adalah ‘realiti’ kepada impian rakyat Terengganu khususnya dalam mengharapkan sebuah universiti penuh ditubuhkan di negeri ini,” katanya.
:Pada konvokesyen sidang kedua itu seramai 531 graduan diploma dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) iaitu Diploma Pengajian Islam-Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Al-Quran dan As-Sunnah, Sejarah dan Tamadun Islam, Pentadbiran Islam dan Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat menerima diploma masing-masing.
:Pada konvokesyen kali pertama ini seramai 3,280 graduan menerima ijazah sarjana muda dan diploma iaitu, 185 graduan ijazah sarjana muda dan 3,095 peringkat diploma.
:“Pada tahun ini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan penyelidikan sebanyak RM2.2 juta bagi tempoh dua tahun kepada UDM untuk mengkomersialkan produk berasaskan ubi gadong,” katanya.
No comments:
Post a Comment