Thursday, July 2, 2009

WALAUPUN KAKI BERBALUT...

Oleh Zulkipli bin CW. Putera (UKOM)

























Kemaman ( 29 Jun 2009):
Datuk Ahmad Said menyempurnakan majlis Perasmian e-Book dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) peringkat Dewan Undangan Negeri Cukai, di Dewan Berlian Majlis Perbandaran (MPK).

Biarpun dengan kaki berbalut, Menteri Besar juga hadir pada satu lagi majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh.

Bagi Menteri Besar, pendidikan adalah agenda besar dan kerana itu Terengganu mampu mencatatkan keputusan yang gemilang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan STPM kerana perbelanjaan besar dikeluarkan setiap tahun bagi membiayai bidang pendidikan

Katanya, Terengganu mencatatkan kejayaan menduduki tempat pertama bagi peperiksaan UPSR selama lapan tahun berturut-turut. Tahun lalu, seramai 3,170 pelajar mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.

“Negeri-negeri lain juga mahu berjaya di bidang pelajaran dan mencatatkan kejayaan seperti Terengganu, tetapi mereka tidak mampu mencapainya kerana kemampuan kewangan yang terhad,” katanya.

Kerana itu beliau dukacita terhadap sesetengah pihak di negeri ini yang masih menghentam kerajaan berhubung sistem pendidikan, semata-mata kerana kepentingan politik.

Ahmad Said berkata, golongan ini hanya bermain politik dengan cara mengelirukan orang ramai bagi kepentingan pihak tertentu sahaja.

Bagi program e-Book sahaja pada tahun ini kerajaan Terengganu membelanjakan RM34 juta bagi membeli komputer riba untuk diagihkan kepada pelajar Tahun Lima di sekolah rendah seluruh negeri.

No comments:

Post a Comment