Tuesday, August 18, 2009

47 warga miskin terima sumbangan Ramadan

Seramai 47 penduduk miskin dan ibu tunggal di Taman Purnama, dekat sini menerima sumbangan persediaan menyambut Ramadan daripada UMNO Cawangan Taman Purnama.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, sumbangan barang makanan seperti beras, minyak masak, gula dan tepung diharap mengurangkan beban penduduk bagi menghadapi Ramadan.

“Pemberian sumbangan ini adalah aktiviti turun padang pemimpin supaya tiada ruang dan jurang antara mereka dengan rakyat seiring konsep 1Malaysia bertemakan slogan ditemui :Sinar Harian: selepas menyampaikan bantuan itu di Markas Taman Purnama, di Kuala Terengganu.

Sebelum itu, Wan Ahmad Farid menyampaikan bantuan kerusi roda dan bekalan makanan kepada warga emas, Asiah Ismail, 77, di Kondo Rakyat, Kuala Ibai.

Menurut Wan Ahmad Farid, sebanyak RM3,000 dibelanjakan UMNO Cawangan Taman Purnama bagi pemberian sumbangan menyambut Ramadan termasuk bantuan kerusi roda.

No comments:

Post a Comment