Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu aktif menganjurkan pelbagai program perpaduan melalui kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri ini.
Pengarahnya, Mohd Khalil Ahmad berkata, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati konsep patriotisme lebih-lebih pada bulan kemerdekaan.
Menurutnya, ungkapan tanpa perbuatan tidak akan memberi kesan tetapi ia mesti diiringi kesedaran agar masyarakat dapat merasai betapa tingginya pengorbanan pejuang terdahulu.:
Semarakkanlah bulan kemerdekaan ini dengan amalan murni, selain menitikberatkan elemen perpaduan ke arah mengekalkan keharmonian negara,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, setiap individu mestilah mempunyai kesedaran tinggi dan bersemangat dalam memperjuangkan kebebasan negara kerana tanpa pejuang dahulu mana mungkin mereka dapat hidup dalam keadaan aman sentosa.
No comments:
Post a Comment