Tuesday, August 4, 2009

Acara tahunan, RM1j & bas percuma

Jurugambar UKOM, Shuhaimi Ahmad merakamkan sebahagian aktiviti pada Program 1T, 3F (1-Terengganu, 3-Food, Fruit, Fiesta) malam Sabtu lalu.

Shuhaimi terpaksa bergerak ke sana ke mari sejak jam 6 petang hingga 12 malam di lapangan Letak Kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil kerana pelbagai aktiviti disediakan.


Ada tujuh gerai menyediakan makanan dan buah-buahan tempatan, selain pertunjukan kebudayaan dan nyanyian.

Lebih 10,000 anak Terengganu dan rakan, keluarga serta kenalan menyertai program itu.


Program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dan permuafakatan antara anak perantau dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.

Ia akan menjadi menjadi acara tahunan.

Persatuan Anak-Anak Terengganu di Lembah Klang (Pesat) sudah mendapat durian runtuh RM1 juta untuk aktivitinya.

Sementara bas raya percuma pelajar balik Terengganu juga disediakan.

Ini antara pengumuman Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada pesta berkenaan malam Sabtu lalu.

Yang pasti, Kerajaan Terengganu akan terus menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada pelajar anak Terengganu yang berada sekitar Lembah Klang untuk pulang ke kampung ketika Aidilfitri nanti.

Sebelum ini katanya, kerajaan negeri menyediakan 30 bas untuk kegunaan anak Terengganu yang pulang ke kampung. Mungkin tahun ini akan berlaku peningkatan tetapi semuanya bergantung kepada keperluan semasa.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Said, berkata perkhidmatan itu disediakan kepada pelajar yang gagal memperoleh tiket untuk pulang ke kampung.


Bagaimanapun, jumlah bas diperuntukkan kepada mereka adalah bergantung kepada keperluan serta bilangan yang memerlukan.

“Oleh itu, saya menggalakkan persatuan pelajar bekerjasama dengan Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor (Pesat) bagi memastikan bilangan pelajar anak Terengganu yang ada.

“Ini membolehkan kami menyediakan pengangkutan mengikut jumlah pelajar yang memerlukannya,” katanya selepas merasmikan Program 1T, 3F (1-Terengganu, 3-Food, Fruit, Fiesta) di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

No comments:

Post a Comment