Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata usaha memulihkan nama UMNO dan Barisan Nasional (BN), perlu ada 'task force' yang bersungguh-sungguh.
Katanya, ia bukan sekadar cakap berdegar-degar dalam perhimpunan dan perasmian perhimpunan parti sahaja, selepas itu lenyap entah kemana.
Beliau tidak mahu semangat seperti orang Terengganu kata “semangat air lamned...mula-mula penutup botol dibuka gas dan air membuak keluar...lepas beberapa minit...lenyap entah kemana. Harap-harap semangat perjuangan tidak begitu. Kalau begitu...maka malanglah nasib UMNO dan Barisan Nasional.”
Rosol yang juga ADUN Ajil berkata rebranding ini mesti bermula dari atas ke bawah... 'top to bottom'...pemimpin perlu berubah dahulu dan ini akan memudahkan pengikut untuk mengekori.
Menurutnya, jangan mengharapkan pengikut untuk berubah tanpa pemimpin berubah.
“Persoalannya...pemimpin peringkat mana? Jawapannya di semua peringkat. Di peringkat pusat Presiden kena berubah dan berani berubah. Di peringkat bahagian, Ketua Bahagian dan kepimpinan bahagian kena berani buat perubahan. Di peringkat DUN, Adun sebagai Wakil Rakyat wajib berani berubah...
“ Kalau semuanya tidak berani berubah dan mengubah...suka dan gemar kepada mediocre...orang Terengganu sebut...Hok Tu Le... sindrom'Ketu laan'...maka berkuburlah UMNO dan BN...Nauzubillah...” katanya.
Beliau menyatakan perkara ini melalui blognya hari ini bertajuk “Semangat Air Lamned”.
Rosol menambah, semangat ini mestilah berterusan dan berkesinambungan....Jangan jadi semangat Air Lamned...
Seterusnya beliau berkata: “Ada kawan saya bertanya...berapa banyak baju UMNO dan BN diberi kepada rakyat setiap kali diadakan program...dan diberi percuma...Jawabnya terlalu banyak...Soalnya lagi kenapa rakyat tidak memakai baju tersebut?...Jawablah sendiri.
Cuba bandingkan baju bergambar Nik Aziz...penyokong PAS sanggup membeli dan bangga memakainya...Kenapa ini terjadi...jawapannya...kerana branding...”
No comments:
Post a Comment