Saturday, August 1, 2009

ALBUM...

Sukan rakyat untuk Pemangku Raja

Sempena Majlis Bersama Rakyat di Kampung Jeram, Telok Pasu baru-baru ini, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dipertontonkan pelbagai acara menarik.

Ia termasuk acara dan permainan tradisional yang disertai penduduk setempat antaranya pertandingan sukan air, pukul bantal, meniti tiang licin dan menangkap itik.


Turut dipertontonkan ialah persembahan silat oleh murid Sekolah Kebangsaan Telok Pasu.

Aktiviti lain ialah pameran kuih tradisional, promosi hasil kraftangan penduduk setempat serta gerai jualan oleh peniaga tempatan.

Gambar oleh Shuhaimi Ahmad

No comments:

Post a Comment