Tuesday, August 18, 2009

Berkampung di jirat Cina

Sumber: Utusan Malaysia

Bak kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa.

Begitulah yang boleh diumpamakan kepada lebih 30 penduduk Kampung Titian Lembut, Jalan Pusara apabila hampir kesemua mereka mendirikan kediaman mereka di atas tanah perkuburan masyarakat Cina atau lebih dikenali dengan perkampungan jirat Cina.

Dahulu, kawasan tersebut dipercayai merupakan sebidang tanah sawah padi.

Namun, apabila ia kering, penduduk membina kawasan penempatan di kawasan tersebut dan berkongsi pula dengan tanah perkuburan di situ.

Ini kerana asalnya kawasan tanah berkenaan merupakan milik masyarakat Cina.
Kampung ini hanya 15 minit daripada bandar Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment