Tuesday, August 18, 2009

Lawatlah T’Shoppe….


Bagi yang belum mengetahui apa itu T’Shoppe, silalah lawat rangkaian kedai serbaneka yang memberikan peluang untuk barangan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di pasarkan seluas-luasnya.

T’Shoppe dikelola anak syarikat Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) iaitu Cakna Sdn Bhd, menyediakan hampir 200 jenis produk tempatan.

Ini termasuk minyak urut berasaskan herba, cuka nipah; keropok lekor serta karipap segera dan jus rossele dengan melibatkan 95 usahawan dan syarikat.

Sehingga kini, tiga T’ Shoppe sedang beroperasi iaitu di Jalan Gong Kapas, Kuala Berang dan Dataran Shahbandar dan empat bakal dibuka dalam tempoh terdekat di Kelulut, Marang, Geliga, Kemaman; Paka, Dungun dan Gong Kemuntung, Besut.

YPU akan memperluaskan rangkaian T’Shoppe ke luar Terengganu, termasuk Johor dengan empat rangkaian, Selangor (3 buah) dan satu T’ Shoppe di Melaka.

T`Shoppe dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said baru-baru ini.

1 comment:

  1. Satu langkah yang bijaksana bagi memperkasakan dan mempromosikan usahawan & barangan tempatan. Syabas diucapkan kepada pihak yang terbabit secara langsung & sebaliknya. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete