Semua pihak yang terlibat dalam pembinaan projek-projek dibawah pembiayaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan mesti bertanggungjawab keatas sebarang kecacatan dan kerosakkan yang dikesan dan berlaku.
”Tidak kira mereka pegawai ataupun ahli politik yang terlibat, mesti secara ‘gentlemen’ mengakui kesilapan dan tampil membuat pembaikian, sesuai dengan slogan kerajaan masakini “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”,”katanya menurut sebuah laman web.
Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata satu demi satu projek-projek mega yang dibiayai oleh ‘wang rakyat’ itu dilaporkan mengalami samada bocor, rosak, tanggal dan runtuh dalam waktu yang begitu singkat hayatnya.
”Projek yang menelan belanja yang cukup besar, mencecah ratusan juta ringgit sepatutnya memiliki kualiti dan mempunyai ketahanan yang hebat,
”Jika berlaku masalah, samada bocor, rosak, tanggal dan runtuh dalam masa setahun, tanggungjawab mesti diambil oleh mereka yang terlibat,” katanya.
Mengambil iktibar ke atas tragedi bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh, beliau berkata, sehingga kini tidak ada pihak yang tampil, bahkan mereka yang memikul tanggungjawab semasa pembinaannya hanya ‘diam seribu bahasa’.
Beliau yang juga bekas Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur Negeri kesal dengan sikap ‘orang politik’ berkepentingan, yang sebelum ini ‘menjaja’ projek-projek tersebut adalah kejayaan kerajaan mereka, namun hilang entah kemana, apabila projek tersebut didapati bermasalah.
Katanya, jika berlaku masalah kepada projek-projek berkenaan, pasti ada hubungan dengan kemungkinan sesuatu penyelewengan telah berlaku samada dibina tidak mengikut spesifikasi atau pengawasan yang tidak mengikut ISO.
”Jika berlaku masalah (kepada bangunan), ia ada hubungan dengan kemungkinan, kos yang tinggi adalah bukan kos sebenar, tetapi merupakan bayaran komisen kepada pihak tertentu dan bangunan (tersebut) berkualiti rendah,” katanya.
”Mungkin juga kurang pengawasan pihak berwajib dan tidak mengikut ISO, kerana sogokan dan rasuah, dan sekiranya bangunan tersebut memiliki CF, ia sangat meragukan,”jelasnya.
Beliau mengambil contoh Pusat Akuatik di Batu Burok yang diakui oleh Kementerian Kerja Raya sebagai pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi.
Semalam, akhbar mendedahkan terdapat masalah kepada siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang tanggal di beberapa bahagian Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Pengurus Malaysia Airports Bhd (MAB) LTSM, Ahmad Ramli Mahmood, berkata pihaknya sudah mengesan masalah siling tanggal di beberapa bahagian lapangan terbang itu terutama di bahagian kiri dan kanan bumbung utama sejak lapan bulan lalu, dan dalam tempoh itu sudah tiga kali kejadian itu berulang.
No comments:
Post a Comment