Saturday, August 22, 2009

Denggi meningkat di Terengganu 120 peratus

Lima negeri mencatat peningkatan kes denggi pada minggu ke-32 dari 9 hingga 15 Ogos lepas dan sebanyak 583 kes demam denggi direkodkan dalam tempoh itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Terengganu mencatat peningkatan sebanyak 120 peratus, Perlis (100 peratus), Sarawak (71 peratus), Perak (49 peratus) dan Kedah (22 peratus), katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mohd. Ismail berkata, sepanjang tahun itu sebanyak 67 kematian direkodkan dengan jumlah terkumpul kes denggi sebanyak 28,710 kes, berbanding dengan 64 kematian dengan 27,900 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu, katanya, bagi penyakit Chikungunya, sejumlah 18 kes dilaporkan sepanjang minggu tersebut, yang merupakan penurunan sebanyak sembilan kes berbanding minggu sebelumnya.

“Tiga buah negeri telah menunjukkan peningkatan kes pada minggu ini iaitu Perlis, Perak dan Kelantan,” katanya.

No comments:

Post a Comment