Monday, August 31, 2009

Kerajaan Biayai Kos Rawatan Pelajar Sakit Jantung

Daripada www.terengganu.gov.my

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berjanji kerajaan negeri akan membiayai kos rawatan pesakit jantung berlubang berusia tujuh tahun dari Kampung Simpang Tok Ku, Cabang Tiga.

Gambar – Gembira kerana bantuan kerajaan negeri

Pelajar berkenaan perlu menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat ini.
Mohd Ayub Mansor, murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga, menghidap penyakit itu sejak dilahirkan dan terpaksa menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), setiap enam bulan sekali.

Menteri Besar dan isteri To’ Puan Norliza Mahmud yang melawat mangsa di rumahnya kelmarin, (29 Ogos 2009) menghulurkan sumbangan wang tunai bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Ahmad Said turut memberi jaminan kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos rawatan pesakit yang dianggarkan RM30,000.

No comments:

Post a Comment