Nasir (tengah) bergambar bersama ahli Kawat pada Majlis Hi Tea di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.
Masyarakat di negara ini diingatkan supaya tidak terlalu memberi kepercayaan terhadap berita yang diperoleh melalui media alternatif seperti media maya (blogger), sebaliknya perlu kembali kepada media massa utama sedia ada.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir berkata, kebanyakan sumber yang diperoleh melalui media berkenaan bukan sahaja dilihat tidak bertanggungjawab tetapi lebih menjurus kepada berita tidak jelas kesahihannya.
“Tidak salah untuk sesiapa sahaja melayari laman web atau mendapatkan maklumat daripada media mana sekalipun namun harus diingat tidak semua berita yang disampaikan tepat.
“Saya melihat pemikiran masyarakat kita masih belum terbuka sepenuhnya menerima maklumat berbanding negara Barat yang lebih dahulu didedahkan dengan media sebegini dan atas sebab itulah perlunya kebijaksanaan semua orang untuk menilainya,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Mohd Nasir, perkara itu tidak seharusnya perlu kepada cadangan untuk menyekat mana-mana pengamal media maya bagi mengehadkan berita mereka namun perlunya kepada kesedaran dalam diri setiap individu.
“Masing-masing perlu memainkan peranan sama ada pemilik media alternatif ataupun masyarakat untuk memberikan penyampaian positif kepada semua pihak, selain memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang sejak belakangan ini dilihat agar longgar sedikit,” katanya.
Kepedihan masa itu
ReplyDeleteberaneka ragam corak dan macamnya
dan sememangnya zaman
mempunyai kegembiraan dan kesedihannya sendiri
Dunia ini
tidak pernah membiarkan seseorang hidup kekal
dan tidak pula membiarkannya
dalam suatu keadaan bererti