Sumber: www.kawatganu.blogspot.com
Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Ayob Mamat, Isnin lalu (10 Ogos 2009) menziarahi Setiausaha Kawat, Puan Aida Abdul Rahman yang uzur kerana keguguran di rumah Aida di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu.
Sambil membawa `buah tangan', Sdr Ayob diiringi Exco Kawat, Shuhaimi Ahmad meluangkan masa lebih setengah jam untuk bertanya khabar mengenai kesihatan Aida yang kini hampir 10 hari `berehat' di rumah.
Aida sebelum ini dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut selepas mengalami keguguran.
Aida yang juga wartawan di Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) kelihatan semakin pulih dan ceria dijangka bertugas semula pada 19 Ogos ini.
No comments:
Post a Comment