PAS tidak perlu mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meminta sogokan daripada sebuah syarikat, meletak jawatan kerana kes itu masih dalam siasatan.

Beliau berkata, bukan hak Pas untuk mendesak ADUN itu supaya melepaskan jawatan, sebaliknya apa juga tindakan akan diputuskan oleh pucuk pimpinan BN khususnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Kita nasihatkan PAS negeri selesaikan masalah dalaman dihadapi dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum mendesak Adun disiasat melepaskan jawatan... jangan duk (duduk) sibuk mencampuri urusan UMNO.

"Oleh itu, suka kita mengingatkan PAS supaya tidak menjadi ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan lurus, sedangkan mereka sendiri berjalan mengiring," katanya mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Pas negeri, Hanafiah Mat yang meminta Adun yang ditahan SPRM, Isnin lalu melepaskan jawatan.
No comments:
Post a Comment