Sunday, August 9, 2009

PENDAPAT SAYA

PAS & PKR - Don’t Jump The Gun

Oleh Muhamad Irfan

Terbukti ramalan anda salah.

Saya fikir PAS Terengganu jangan cepat melatah. Begitu juga dengan AMK.

Jangan hendak suruh letak jawatan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman, belum dibuktikan bersalah.

“Dont jump the gun” nanti tertembak bontot sendiri. Atau kalau berdepan dengan meriam itu lagi bahaya!

Selak kain dan tenguk apa yang berlaku dalam parti sendiri – PAS dan PKR - sama ada di Selangor atau juga Pulau Pinang.

Jangan nak tunjuk gaya samseng dan mafia pula di Terengganu.

Fariz Musa (AMK) dua hari lalu menolak kenyataan Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat yang berkata, PAS tidak perlu campur urusan UMNO kerana menurut Rozi penahanan Adun terbabit oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah proses biasa.

Menurutnya, sama ada PAS atau sesiapa sahaja wajar dan layak mencampuri urusan dalam isu berkenaan kerana isu rasuah ADUN Terengganu bukan urusan peribadi UMNO atau Barisan Nasional (BN) sahaja.

"Sikap Rozi Mamat seolah-olah mempertahankan perasuah, sewaktu ditahan oleh SPRM bersama-sama beliau (Adun Kemasik) wang sejumlah RM5,000,"tegasnya.

Katanya, sekiranya Rozi mempunyai integriti dan bermaruah, sudah pasti Rozi akan turut bersetuju agar ADUN tersebut meletakkan jawatan dengan segera dan mencontohi ADUN Pakatan Rakyat yang sanggup meletakkan jawatan apabila integriti dan moral beliau tergugat. .

Faiz berkata, UMNO Terengganu juga seharusnya bertindak tegas terhadap isu tersebut dan bukannya bertindak ‘menunggu dan lihat’ sahaja serta menutup sebelah mata perlakuan dan tindakan tidak bermoral ADUN yang tidak sampai setahun jagung itu.

Yang pasti, kelmarin 7 Ogos 2009 (Jumaat) ADUN yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000, dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini dengan ikat jamin.

ADUN berkenaan bersama dua lagi rakannnya diperintah dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan.

Menurut Syed Azimal Syed Abu Bakar, peguam bela ADUN itu, anak guamnya bersama dua lagi tertuduh juga diarah supaya melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan hari ini merupakan hari cuti di Terengganu.

Ahli politik itu bersama dua rakannya ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad lalu kerana didakwa menerima sogokan RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

No comments:

Post a Comment