Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, ia merupakan antara program kemasyarakatan yang dirancang kerajaan negeri sepanjang bulan Ramadan

AHMAD Said (kiri) mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di perkarangan Masjid Abidin, Terengganu, semalam.
Katanya, bahan-bahan masakan dan peruntukan yang akan digunakan untuk gotong-royong itu disumbangkan anak-anak syarikat dan agensi kerajaan negeri.
"Kita akan mengadakan gotong-royong ini mengikut permintaan penduduk. Hari ini kita adakan gotong-royong di Masjid Abidin di sini.
"Sebanyak 3,000 bubur lambuk diedarkan untuk penduduk Kuala Terengganu," katanya ketika ditemui di Masjid Abidin yang lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Kuala Terengganu semalam.
No comments:
Post a Comment